Piaggio telah mengumumkan butiran terperinci untuk model Vespa 2019 iaitu Vespa GTS 300 HPE, model dengan enjin paling berkuasa buatan Piaggio yang mampu menghasilkan kuasa 23.5bhp. Model vespa ini juga dihasilkan dalam pelbagai warna iaitu biru, kuning, hijau dan kelabu.

vehicles-2018-vespa-gts300-super-abs-asr-montebian

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →

Vespa-GTS-2019-mekanika2-6oz4no0pj7p9ryuammrx9f1nti7zblltqrcsqro497k

Model GTS untuk tahun 2019 kini mempunyai lima model yang terdiri daripada Vespa GTS, GTS Touring, GTS Super, GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech dengan rangkaian terbaru yang mempunyai ciri-ciri kedudukan tunggangan yang lebih baik dan peningkatan teknologi yang terkini.

Selain itu, model ini juga tersedia dengan enjin HPE silinder tunggal ‘i-get’ 278 cc serta peningkatan kuasa sehingga 12 peratus berbanding motosikal yang berkapasiti lebih besar. Ianya turut menerima penggayaan yang terkini pada bahagian badan motosikal termasuk bahagian handle, krom baru dan motif sarang lebah pada bahagian sisinya, dalam usaha untuk memastikan Vespa klasik kelihatan moden.

Tiada harga ditetapkan tetapi sebagai perbandingan, model GTS Super 300 ABS dijual pada harga RM29,000. Kemungkinan besar ianya bakal dipasarkan sekitar harga ini bergantung kepada model yang anda pilih.

Anda Mungkin Suka