Pertandingan Masakan Dunia Malaysia 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Kulinari Bersatu Malaysia (MBCA) telah berjaya memecahkan rekod dunia Guinness untuk mengadakan pertandingan memasak terbesar di dunia.

Sejumlah 713 peserta tempatan dan antarabangsa dari 12 negara seperti Morocco, Arab Saudi dan Mesir turut serta dalam pertandingan yang diadakan dari 21 hingga 23 Februari 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rekod dunia tersebut diumumkan sah apabila Encik John Garland, penilai rasmi Guinness World Records, menyampaikan sijil kepada Ketua Pengarah Pertandingan, Chef Arthur Lim, yang juga merupakan Presiden MBCA. Majlis tersebut disaksikan oleh Encik Sulaiman Suip, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia.

“Kami gembira apabila pertandingan ini berjaya memecahkan rekod dunia sambil ia menjadi batu loncatan untuk memperkenalkan masakan Malaysia yang pelbagai dan asli kepada dunia”, kata Chef Arthur Lim.

Pengumuman rekod ini juga menandakan tamatnya pertandingan selama tiga hari yang melibatkan lebih daripada 3,500 pengunjung. Antara acara utama pertandingan adalah cabaran ‘kotak misteri’, Malaysia Heritage Food Black Box Competition, kategori terbuka yang layak kepada pasukan chef profesional dan bakal-bakal chef dari hotel, akademi kulinari, dan kolej yang masing-masing diberikan tugas untuk mencipta dan menyajikan menu gourmet yang unik.

Sembilan kategori utama dan 62 kategori sub yang dinilai berdasarkan pelbagai aspek seperti inovasi, rasa, kebersihan, Mise-En-Place, dan teknik. Pasukan dan individu yang paling cemerlang dengan skor tertinggi sepanjang pertandingan juga dianugerahkan semasa hari terakhir acara. Pemenang untuk anugerah terbaik adalah seperti berikut:

Semasa majlis pengumuman, MBCA juga mengumumkan bahawa pertandingan akan diadakan setiap dua tahun untuk menonjolkan kepelbagaian kuliner global sambil mencipta prospek ekonomi yang mampan bagi syarikat industri makanan tempatan dan antarabangsa.