Masih ingat adik-adik dalam iklan Petronas semasa hari raya lalu? Mereka kembali lagi dan kali ini, mereka berebut gelanggang badminton dengan dua legenda badminton tanah air, Rashid Sidek dan Foo Kok Keong. Mesej yang ingin disampaikan juga simple; Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh! Lakonan Rashid Sidek dalam iklan ini berkesan sungguh. Sebuah lagi karya awesome dari Reservoir Production.