Jabatan Kehakiman AS pada hari Rabu mendakwa lima warga China dan dua rakyat Malaysia yang menjalankan operasi penggodaman global.

DW dalam laporan yang dikeluarkan hari ini menyatakan bahawa sindiket yang telah beroperasi sejak enam tahun lalu didakwa mengintip ahli politik dan aktivis pro-demokrasi di Hong Kong dan mengakses sistem komputer kerajaan di India dan Vietnam.

Selain itu, para penggodam turut menyasarkan lebih daripada 100 syarikat dan individu di negara-negara di AS dan di seluruh dunia termasuk syarikat perisian, permainan video dan media sosial.

Cubaan melumpuhkan kumpulan yang beroperasi dengan nama APT41 ini merupakan sebahagian daripada usaha petadbiran Donald Trump untuk melumpuhkan jenayah siber oleh China.

Tiga rakyat China dilaporkan beroperasi di Chengdu 404, sebuah syarikat yang berpusat di Sichuan dan menawarkan perkhidmatan keselamatan kepada syarikat perniagaan.

Walaupun tuduhan itu tidak menunjukkan tanda bahawa wujud tangan-tangan politik di sebalik kegiatan mereka. Namun, salah seorang yang didakwa dilaporkan mempunyai hubungan dengan Kementerian Keselamatan Negara China, lapor Jabatan Kehakiman.

Untuk rekod, dua warganegara Malaysia tersebut telah ditahan minggu ini dan akan menghadapi ekstradisi ke AS, manakala lima warganegara China masih berada dalam pelarian dan diburu pihak berkuasa AS.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Hacker’ Mahu Padam Akaun Rasmi Mark Zuckerberg Menerusi Facebook Live

‘Hackers’ Jual 267 Juta Data Pengguna Facebook Dengan Harga RM2,000

Pengguna CIMB Terdedah Serangan Hackers, Dinasihatkan Untuk Tukar Kata Laluan