Bagi peniaga atas talian, anda mungkin perlu ambil tahu. 30,000 peniaga atas talian dalam perhatian Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana tidak mendaftar untuk Goods and Services Tax (GST).

Direktor general kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jabatan itu sedang giat mengumpul maklumat peniaga-peniaga ini sebelum melakukan operasi.

“Katakan anda mengimport barang kurang daripada harga RM500, barang berkenaan tidak akan dikenakan cukai. Tetapi jika lebih, barangan itu perlu dikenakan GST dan duti import,” kata Khazali pada Persidangan GST 2016 semalam.

Khazali berkata setiap transaksi secara atas talian perlu melalui pos dan servis bank. Jadi ada cara yang jabatan kastam akan gunakan untuk mencari peniaga-peniaga ini. Tetapi perniagaan atas talian yang jualan tahunannya kurang dari RM500,000 dikecualikan dari mendaftar untuk GST.

Sementara itu, Khazali berkata kurang dari RM200 juta dalam bentuk GST special refunds dikembalikan kepada peniaga walaupun peruntukan RM1 billion telah disediakan untuk tujuan itu. “Kami tidak tahu mengapa, mungkin peniaga-peniaga ini tidak berminat untuk membuat claim,” tambah Khazali. Special refunds ini adalah untuk syarikat yang berdaftar di bawah GST untuk mengelakkan mereka dicukai sebanyak dua kali.

Jadi anda di luar sana yang mempunyai perniagaan online dengan nilai jualan lebih RM500,000 setahun itu, cepat-cepatlah mendaftar. Nanti berdepan masalah pula perniagaan anda nanti.

Sumber