Chris Weidman patah kaki dalam cubaan menendang Uriah Hall dalam pertarungan yang hanya berlaku dalam 17 saat di UFC 261. Dan ia dianggap sebagai penamat perlawanan yang sangat pelik dan ngeri.

Pertarungan di antara Weidman dan Hall berakhir dengan kemenangan menjadi milik Hall tanpa dia melancarkan apa-apa serangan atau tumbukan ke arah pihak lawan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada perlawanan tersebut, bekas juara kelas pertengahan Weidman melakukan sepakan pada permulaan perlawanan tetapi sepakan itu langsung mematahkan kakinya

Dana White, Presiden UFC dalam kenyataannya di media sosial menyatakan bahawa sejarah baharu tercipta apabila kemenangan di raih tanpa satu tumbukan dilancarkan ke arah pihak lawan.

Manakala Hall dalam kenyataannya berkata bahawa dia mahu berikan yang terbaik pada perlawanan tersebut, tetapi dia juga berharap agar Weidman kembali pulih daripada kecederaan.

“Ini adalah bahagian yang buruk dari sukan ini, ini adalah situasi yang menyakitkan, saya tidak ada yang buruk untuk diperkatakan tentangnya. Saya harap dia cepat kembali. Anda masih yang terbaik, Chris,” kata Hall.

Lihat bagaimana tumbukan padu bintang UFC ini hancurkan bibir lawannya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana Tumbukan Padu Bintang UFC Ini ‘Hancurkan’ Bibir Lawannya

Khabib Setuju ‘Rematch’ Dengan McGregor Jika UFC Sanggup Penuhi Satu Syarat

Wanita Yang Dipecat Kerana Belasah Pencuri Ditawar Kerja Oleh Presiden UFC