Minggu lalu seluruh negara dikejutkan dengan insiden yang meragut nyawa 6 ahli bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di Taman Putra Perdana Puchong. Terkini pihak penerbitan dan pelakon PASKAL The Movie tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Pihak produksi menyampaikan sumbangan yang diwakili oleh Pengarah Urusan Multimedia Entertainment Sdn. Bhd, Datuk Steven Lim kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Azmi Osman. Pengarah filem Adrian Teh dan beberapa pelakon utama yang turut hadir dalam majlis tersebut seperti Hairul Azreen, Theeban G, Jasmine Suraya Chin dan Ammar Alfian.

Menurut Datuk Steven pihak mereka terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kepada wira negara yang sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Satu inisiatif yang murni daripada pihak produksi PASKAL. Moga lebih ramai yang akan menyumbang kepada wira negara yang terkorban ketika misi menyelamat di masa akan datang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group