Kita telah dikejutkan dengan berita kematian individu yang cukup berpengaruh iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada Jun tahun lalu.

Terbaharu, pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Nazrin Hassan telah mati dibunuh dan bukan disebabkan oleh kebakaran menurut Mahkamah Tinggi semalam.

Sebelum ini, menurut laporan awal mendapati kematian Nazrin Hassan disebabkan letupan telefon pintar yang menyebabkan kebakaran. Akan tetapi, selepas 3 bulan kematian Nazrin Hassan, abangnya telah membuat permohonan untuk menggali semula kubur Nazrin untuk bedah siasat kedua.

Hasil bedah siasat kedua mendapati mangsa mati akibat hentakan benda tumpul di kepalanya. Menerusi keterangan pakar perubatan forensik, hentakan tersebut boleh mengakibatkan kematian, dan dipercayai mangsa telah mati sebelum kebakaran berlaku dan kebaran yang terjadi hanyalah untuk menutup punca sebenar.

Samirah yang juga isteri kepada Nazrin, dan dua remaja lelaki didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas. Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Kes ini mendapat perhatian ramai pihak. Bagi anda yang tidak tahu akan kes ini, anda boleh baca artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Punca Kematian CEO Cradle, Nazrin Hassan Dikenal Pasti

Kubur Ceo Cradle Fund Digali Semula Untuk Siasatan

Sumber