Sejak beberapa hari yang lepas kecoh di media sosial mengenai penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang dikatakan telah berlaku curang terhadap isteri beliau.

Susulan daripada kejadian dan video tular tersebut, beliau pada hari ini dilaporkan telah digantung perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.

Menurut Harian Metro, penggantungan sementara perkhidmatan Shuk itu adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan secara mendalam mengenai isu beliau yang sedang tular di media sosial.

Dalam pada itu, difahamkan perkembangan terkini mengenai penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan terhadap isu tersebut selesai.

Terdahulu, kisah rumah tangga Shuk sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah telah bertindak membuat pendedahan secara terbuka mengenai suaminya itu yang berlaku curang bersama wanita lain pada Sabtu lalu.

Shuk dan Rossalennah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.

Baca perkongsian kami yang berjaya ‘trending’ di Vocket pada minggu ini melalui pautan di bawah.

Pernah Jadi Pelatih Kepada TMJ, Pesara Tentera Sebak Baginda Masih Ingat Akan Dirinya

Gara-Gara Lukis Muka Bermata Sepet Pada Cawan Pelanggan, Starbucks Disaman RM59,000

Anda Mungkin Suka