Sudah menjadi ‘kebiasaan’ pada ketika ini di mana drama-drama tempatan yang ditayangkan di televisyen sering kali hadir dengan kesilapan yang didakwa seolah disengajakan dalam membuatkan drama tersebut mendapat perhatian serta tontonan.

Terbaharu, drama Bisik-Bisik Gelora lakonan Redza Rosli juga turut mendapat tempias yang sama apabila memaparkan babak tiub bantuan pernafasan atau intubation tube dalam keadaan yang aneh sekaligus membuatkan babak tersebut mengundang perbincangan netizen.

Dalam pada itu, di sangka disengajakan, pengarah drama ini iaitu Riza Baharudin berpendapat sebalik menerusi temu bual bersama Kosmo! Online di mana beliau memaklumkan pemasangan tiub bantuan pernafasan tersebut bukan dilakukan oleh pihak kru produksi sebaliknya oleh mereka yang arif dalam bidang perubatan.

“Bila pihak perubatan sendiri yang memasangnya, saya tidaklah boleh memandai-mandai kata salah. Jadi saya anggap sahaja cara pemakaian tiub bantuan pernafasan itu betul,” katanya.

Difahamkan Riza juga turut bertanya kepada pihak perubatan berulang kali mengenai pemasangan tiub pernafasan tersebut bagi mengelakkan kesilapan serta mahu semuanya tampak sempurna.

Dalam pada itu, beliau selaku pengarah drama ini dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf atas kepada pihak yang menganggap babak tersebut seolah-olah memperlekehkan institusi perubatan.

Sebagai pengajaran, beliau akui akan lebih berhati-hati serta sedia mendapatkan pandangan daripada pihak yang lebih pakar jika mahu menjayakan babak yang seakan sama kelak.

Riza Baharudin enggan menyalahkan mana-mana pihak malah turut berterima kasih kepada para penonton drama tersebut yang peka dengan ‘kesilapan’ yang berlaku pada babak tersebut.

Difahamkan drama Bisik-Bisik Gelora yang terdiri daripada 35 episod sudah selesai ditayangkan beberapa hari yang lalu di mana rata-rata penonton berpuas hati dengan ending drama ini.

Ikuti juga isu yang sedang trending sepanjang minggu ini dengan klik pautan di bawah.

Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’

60% CEO Jangka Akan Berlaku Krisis Ekonomi Tahun Hadapan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber