Sempena bulan Ramadan ini, boleh dikatakan masjid atau surau penuh dengan orang ramai untuk berbuka puasa dan juga beribadah. Akan tetapi, muncul pula situasi yang mengejutkan berlaku di masjid.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zuhailazainal telah berkongsi video memaparkan situasi mengejutkan di masjid. Menerusi video tersebut, dapat dilihat cubaan lelaki didakwa cuba mengintai di bahagian wanita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@zuhailazainal

Reply to @moshimoshi732 btw dari kecik pergi masjid ni, takda pun spesis macamni .. first time muncul ja ni. #fypシ

♬ original sound – ex?introvert – Dorobou Neko😼

Bukan itu sahaja, tangan lelaki itu juga merayap di bawah tirai pemisah antara makmum lelaki dan wanita. Difahamkan, bukan sekali tangan lelaki itu didapati merayap dan seperti cuba meraih sesuatu.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan telah tular di media sosial. Rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut dan tidak sangka ada orang berkelakuan seperti itu di dalam masjid.

Para netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap tidak bermoral. Malah, segelintir netizen turut berpendapat bahawa mungkin lelaki itu berniat untuk mencuri serta nasihatkan orang ramai menjaga barangan berharga mereka ketika berada di masjid atau surau.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Pecah Rekod Dan Membanggakan, 5 Pelajar Malaysia Ini Berjaya Diterima Masuk Ke Harvard

Poh Kong Tawar RM1 Untuk ‘Jewellery’, Beg Percuma Dan Hadiah Bernilai RM30,000 Sedia Dimenangi

‘Jerat Kehancuran Hidup’- Pinjaman Peribadi GOpinjam Dari Touch ‘n Go Undang Pertikaian Netizen