Barasuara, kumpulan rock yang berasal dari Jakarta telah mencipta ombak baru dalam kancah muzik indie Indonesia.

Penggunaan lirik bahasa Indonesia yang jelas dan teratur, telah menjadikan Barasuara sebagai kumpulan yang dilahirkan dengan baik sehingga dapat hidup berdikari di dalam kancah muzik bawahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti kumpulan Hujan yang mempunyai Raingers. Barasuara juga tidak ada kurangnya apabila Penunggang Badai sering menjadi tulang belakang mereka.

c43c065e7ce3901ac66ec34f4be4f2a4.1000x1000x1

Barasuara memulakan debut album pada 2015 yang berjudul Taifun. Mereka bukan sahaja menangkap telinga yang mendengar tetapi juga mata yang melihat apabila album dengan gambar yang begitu artistik dirujuk oleh beberapa seniman Indonesia sebagai ‘gelombang folk yang tengah manyapu musik Indonesia’.

Melalui Taifun, Barasuara dianugerahkan Pendatang Terbaru Terbaik dan Produksi Alternatif Terbaik dalam anugerah AMI (Anugerah Musik Indonesia) dan mendapat penghargaan Best Live Act dalam Rolling Stone Editors’ Choice Awards.

BARASUARA_PROFILE

Setelah berjaya menempah nama melalui Taifun, kumpulan Rock dari Jakarta ini mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan album kedua iaitu Perjalanan dan Pikiran.

Album ini dirujuk sebagai gambaran soal kekalutan dan harapan yang dibungkus oleh musik yang keras tetapi tidak melawan. Mereka dilihat mahu membawa peminat mereka menyelusuri lorong perasaan sambil mengenal apa itu kebahagian, kekecewaan dan hati budi akal manusia.

Seperti Taifun, kualiti musik Pikiran dan Harapan lebih baik dengan beberapa komposisi musik yang padat, satu perbezaan yang besar cuba dibawa oleh Barasuara.

006093100_1552025051-bb1

Barasuara bakal kembali membuat persembahan di Malaysia untuk acara Nusanta-Rocks pada 30 November ini di KWC, Starxpo Centre, Kuala Lumpur. Bersama-sama mereka, akan turut serta kumpulan rock Hujan, Kugiran Masdo, Mafidz, Sisitipsi, Sekumpulan Orang Gila dan Iqbal M.

Untuk anda yang mahu dapatkan tiket boleh terus ke aplikasi Ticketapp.

EKCK4HiU4AA86ce