Campervan bukanlah satu kenderaan yang asing bagi sesetengah orang Malaysia. Bagi peminat aktiviti berkelah di tepi pantai, anda boleh menghabiskan masa sepanjang hari tanpa perlu risau tempat untuk berteduh dengan adanya campervan.

Baru-baru ini kami sempat menemuramah pemilik CamperHijet yang menjadi bualan netizen beberapa hari yang lalu. Tuan Asri Nawawi baru berusia 31 tahun merupakan seorang pemandu pelancong yang berpengalaman selama 11 tahun di Pulau Perhentian, Terengganu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-aceyie-channel-camperhijet-4
Sumber Gambar: Facebook Aceyie Channel

“Saya lebih dikenali dengan panggilan bangkenteng kerana berambut panjang kerinting. Bekerja dalam bidang pelancongan selama 11 tahun membuatkan saya sudah terbiasa dengan cara hidup bekerja sambil mengembara.

“Ianya sudah sebati dengan hidup saya. Namun akibat pandemik ini, sektor pelancongan terkesan kerana tidak dapat berjalan, jadi masa yang ada ini saya gunakan untuk melakukan projek CamperHijet di rumah,” terangnya.

vocket-aceyie-channel-camperhijet-3
Sumber Gambar: Facebook Aceyie Channel

Menurut Tuan Asri dia bermula aktiviti camper sejak tahun 2019-2020 dengan menggunakan Perodua Kancil sebelum dia mengusahakan CamperHijet semasa PKP pada tahun lalu.

“Kini tiba masa untuk saya perlukan ruang yang lebih selesa,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mahu membuktikan anak Malaysia juga mempunyai bakat untuk membangunkan campervan sendiri secara diy.

“Jika sebelum ini saya sering melihat di YouTube, proses campervan conversion dari A-Z banyak dilakukan oleh mat salleh, terdetik di hati saya, kali ini biar anak Malaysia pula tunjukkan bakat.

“Jadi segala proses transform saya lakukan sendiri bermula dari pembelian van, membaiki, bertukang, hinggalah ke hasil akhir telah saya rakam secara berepisod,” kata Tuan Asri yang turut dikenali sebagai bangkenteng

Sumber Gambar: Facebook Aceyie Channel

Disebabkan sektor pelancongan masih disekat, Tuan Asri menjadikan bidang content creator sebagai pekerjaan sepenuh masa. Jadi dengan adanya CamperHijet, ia memudahkan lagi Tuan Asri melakukan kerja-kerja suntingan video di mana-mana sahaja.

“Dengan adanya van Daihatsu Hijet ini, dapat memudahkan saya untuk bergerak secara camper di samping ianya boleh dijadikan ruang tempat saya bekerja menyunting video.

“Dalam masa yang sama saya boleh tidur dimana-mana sahaja sambil bekerja. Jadi dekorasi ruang dalam CamperHijet amat penting bagi saya mendapatkan mood seperti tidur di dalam bilik sendiri,” kata Tuan Asri.

vocket-aceyie-channel-camperhijet-6
Sumber Gambar: Facebook Aceyie Channel

Bila ditanya kenapa dia memilih model van Daihatsu Hijet dan berapa kos keseluruhan untuk projek CamperHijet ini, Tuan Asri menjawab dia meminati kenderaan bersaiz mini kerana nampak comel dan rare di jalanan.

“Daihatsu Hijet antara model yang susah untuk dilihat namun alat gantinya masih ada dalam pasaran, jadi tiada masalah tentang penjagaannya. Pemilik dan pengikut Daihatsu Hijet ini juga masih ramai di malaysia.

“Saya belum mengira dan tidak bercadang untuk mengira kerana takut rasa menyesal pula nanti,” terangnya.

Terima kasih Tuan Asri Nawawi kerana sudi ditemuramah. Kami doakan Tuan dapat terus berkongsi pengalaman-pengalaman menarik sepanjang tahun 2021 ini.

Jika anda seorang peminat campervan atau aktiviti-aktiviti pelancongan anda boleh ikuti perkembangan Tuan Asri Nawawi melalui Aceyie Channel di Facebook, Instagram dan YouTube.

Pada bulan lalu seorang lelaki Malaysia telah berkongsi pengalaman sewaktu membangunkan speaker khas yang ada pada kereta hypercar McLaren Senna.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

Mahu Asah Bakat Melukis, Bapa Tidak Kisah Anak ‘Conteng’ Kereta

Kisah Di Sebalik Video ‘Delivery Day’ Porsche Cayenne Yang Tular Di Media Sosial

Sumber