Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari lalu, situasi politik di Malaysia kembali memanas. Kalau tahun lalu, telah terjadi peralihan kuasa di tengah-tengah situasi COVID-19 dan kini, terdapat ura-ura bahawa pilihan raya bakal diadakan pada tahun ini.

Bagaimanapun, idea segelintir ahli politik bahawa pilihan raya perlu diadakan walaupun di tengah-tengah situasi COVID-19 di Malaysia adalah tidak perlu dan hanya akan memburukkan lagi situasi, kata doktor pakar.

Untitled collage-30
HYPE
15 Senarai Bantuan Ditawarkan Buat Industri Yang Terjejas Semasa PKP Daripada PEMULIH
Baca lagi →

Bercakap kepada Free Malaysian Today, Presiden Persatuan Pakar Kesihatan Awam Malaysia, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk mengurangkan jumlah jangkitan wabak COVID-19.

Dia turut menyatakan pilihan raya tidak perlu diadakan pada suku pertama 2021 mahupun akhir tahun ini, walaupun dengan adanya vaksin COVID-19 di Malaysia.

Baginya, misi utama kerajaan untuk mengurangkan jumlah kes di dalam masyarakat akan mengambil masa yang lama dan diramalkan akan memakan masa beberapa bulan.

Dia turut mendesak agar ahli politik untuk bersabar dan memikirkan cara lain yang lebih baik selain daripada pilihan raya, “Tidak perlu mengadakan pilihan raya umum pada suku pertama tahun ini atau sepanjang tahun ini sama sekali walaupun vaksin ada di sini,” katanya.

Kenyataan ini hadir selepas beberapa parti politik di Malaysia mengusulkan untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini.

Untuk rekod, sejak COVID-19 melanda negara, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merekodkan lebih 130,000 kes di seluruh negara dengan 27,332 kes aktif sejak semalam.

Terdahulu, barisan doktor pakar merayu kepada kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pengurusan COVID-19 yang tidak terkawal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal

Sistem Kesihatan Di Peringkat ‘Breaking Point’, Katil Hospital Di Seluruh Malaysia Hampir Penuh

Anda Mungkin Suka