Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh PLOS Coumputational Biology, ia mendapati bahawa pilihan raya negeri Sabah (PRN) tahun lalu adalah punca tercetusnya gelombang baharu COVID-19 di Malaysia, di mana ia merangkumi 70 peratus kes baru yang dilaporkan di negeri itu antara 26 September (hari mengundi) sehingga 12 Oktober.

Memetik MalaysiaKini, PRN Sabah telah mencetuskan jangkaan 2,979 kes COVID-19 pada minggu pertama PRN Sabah berakhir. Manakala di bahagian luar negeri Sabah, kajian mendapati limpahan kes wabak COVID-19 telah membawa kepada 1,741 kes baharu. Ini menjadikan sejumlah 4,720 kes di seluruh negara berkaitan PRN itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
journal.pcbi.1008959.g001
PLOS Computational Biology

Di Sabah, daerah Semporna (95.7 peratus), Tawau (79.5 peratus) dan Lahad Datu (96.7 peratus) merekodkan sebagai antara daerah yang menerima kesan besar akibat penularan wabak COVID-19. Manakala di bahagian Semenanjung, kebanyakan kes dilaporkan di kawasan bandar seperti daerah Petaling, Kuala Lumpur dan Johor.

Kajian yang dilakukan oleh kumpulan Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura ini turut mendapati bahawa PRN Sabah gagal dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) apabila wujud kemungkinan perhimpunan ramai di satu kawasan yang menyebabkan limpahan kepada penularan di seluruh negara.

journal.pcbi.1008959.g002
PLOS Computational Biology

Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa pematuhan penjarakan fizikal yang selamat dan pemakaian pelitup muka di kalangan ahli politik, rombongan mereka dan para penyokong yang hadir ke perhimpunan terbabit adalah rendah. Walaupun ada perubahan dasar dengan mengehadkan 30 peserta untuk satu ceramah politik, ia sudah memadai untuk menyebabkan peningkatan kes akibat wabak COVID-19.

Kajian itu turut menyatakan bahawa perubahan dasar dengan membenarkan perjalanan rentas negeri susulan PRN dan penangguhan usaha untuk mengkuarantinkan diri bagi mereka yang kembali dari Sabah telah menyebabkan penularan yang tidak terkawal di seluruh Malaysia.

journal.pcbi.1008959.g003
PLOS Computational Biology

Sebelum ini, Malaysia telah berjaya mencatatkan kes dua angka sejak 10 Jun sehinggalah hari mengundi pada 26 September tahun lalu iaitu dengan 16 kes baru sehari di Malaysia. Bagaimanapun, selepas PRN Sabah, kes harian meningkat kepada 190 kes sehari dengan kira-kira 154 kes dilaporkan di Sabah.

Untuk rekod, PRN Sabah diadakan selepas berlakunya perebutan kuasa di antara Musa Aman dan Shafie Apdal. Musa berjaya menjatuhkan kerajaan negeri apabila menerima sokongan Adun pada 29 Julai 2020. Shafie yang bertindak selaku Ketua Menteri ketika itu kemudiannya membubarkan DUN bagi menggagalkan usaha peralihan kuasa sehingga terjadinya PRN Sabah.

Malaysia antara 19 negara yang berpotensi ‘hancur’ akibat wabak COVID-19, lapor data antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Sistem Kesihatan Di Peringkat ‘Breaking Point’, Katil Hospital Di Seluruh Malaysia Hampir Penuh

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal