Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan kejadian dipercayai bunuh melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Terengganu. Mangsa Siti Nur Surya Ismail menurut laporan dipercayai dibunuh dalam kejadian yang berlaku di rumahnya dan dijumpai adiknya ketika tiba di rumahnya selepas pulang dari sekolah.

Ketika kejadian, mangsa difahamkan sedang berada di rumah dan sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit sebelum didatangi suspek yang juga kenalan sekolahnya sebelum berlaku persilisihan faham dan pergelutan yang membawa kepada kejadian tragis itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak dapat menahan kesedihan mendengar kisah berkenaan, penceramah dan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew pada semalam kemudiannya menziarahi keluarga mangsa di Terengganu. Perkara itu dikongsikan sendiri beliau melalui beberapa hantaran di akaun media sosial miliknya.

eb
Pertemuan Ustaz Ebit bersama ayah Siti Nur Surya

“Sampai saja rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.

“Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser,” kongsi Ustaz Ebit.

Bercerita lanjut mengenai pertemuan antara beliau dan keluarga arwah, Ustaz Ebit juga memberitahu bagaimana keluarganya memberitahu arwah menjaga dan menguruskan emaknya seorang diri sambil dibantu adiknya sebelum ini.

Malah Siti Nur Surya tambah keluarganya sanggup mengorbankan peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi demi menguruskan ibunya yang sedang sakit.

“Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.

“Beratnya ujian mereka,” tulis beliau.

Ustaz Ebit Lew ketika lawatannya itu juga memberitahu beliau sempat bercerita mengenai kisah Nabi Yusuf as dan pada sama sama menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah.

Perkongsian dan lawatan daripada Ustaz Ebit itu menerima hampir 10,000 perkongsian di Facebook dan rata-rata mengucapkan terima kasih kerana menjadi ‘wakil’ mereka untuk menjenguk keluarga arwah.

“Terima kasih banyak ustaz sudi luangkan masa menjenguk mereka sekeluarga. Ustaz ini selalu macam Superman dimana-mana diperlukan tahu-tahu ustaz sudah sampai.

“Moga kedatangan ustaz kiriman Allah ini dapat memberi kekuatan semangat buat mereka sekeluarga, ” komen seorang netizen di hantaran berkenaan.

Anda boleh menonton kembali detik-detik pertemuan antara Ustaz Ebit dengan bapa kepada arwah Siti Nur Surya melalui perkongsian video di bawah.

Baca juga kisah sebenar mengenai Mak Cik Maznah ini yang menerima sumbangan RM70,000 selepas kisahnya ditularkan di Twitter baru-baru ini melalui pautan di bawah.

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

‘Uncle’ Belanja 1,000 Sushi Selepas Terharu Dengan Niat Murni Peniaga Ini

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki

Sumber