Sudah menjadi kebiasaan di mana terdapat segelintir pengguna media sosial yang sanggup melakukan apa sahaja demi konten serta meraih perhatian daripada orang ramai.

Terbaharu, tular sebuah lagi video pada platform TikTok memperlihatkan tiga pemuda di gim melakukan sebuah perkara yang aneh dalam menelan suplemen bersama air dengan cara yang jijik.

Menerusi video yang tular, didapati individu pertama telah memasukkan air dalam mulut sebelum dipindahkan kepada pemuda kedua manakala individu kedua pula memindah air berkenaan ke dalam individu ketiga.

Perlakuan jijik yang dilakukan nyata mengejutkan netizen sekaligus membuatkan para netizen berasa geli melihatkan tindakan ‘abang sado’ yang sanggup mengendahkan bab kebersihan demi konten.

Selain itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan tindakan dry scopping atau menelan suplemen serbuk tanpa air adalah tidak baik untuk kesihatan. Dalam pada itu, tindakan dry scooping serta memasukkan air daripada mulut individu berbeza nyata lebih buruk dan kotor.

Sehubungan dengan itu, orang ramai mengharapkan agar trend jijik ini tidak menjadi ikutan kerana mampu mengundang kepada masalah melibatkan kesihatan.

Tidak kurang juga yang mengharapkan pengguna media sosial lebih berhati-hati dalam memuat naik video meskipun bertujuan untuk ‘mempopularkan’ diri sendiri.

Tular pada minggu lalu apabila pemuda ini telah memulangkan seluar yang sudah dipakai serta melabelnya sebagai tip ‘berjimat’ sekaligus membuatkan para netizen berang.

Sengaja Pulangkan Kembali Seluar Yang Sudah Dipakai, Tip ‘Berjimat’ Pemuda Ini Dikritik Netizen

Restoran Di Singapura Tawar Gaji Cuci Pinggan Sehingga RM11,000 Untuk Tarik Warga Malaysia