Seorang pemenang pingat emas di Jepun terpaksa menggantikan pingat yang dimenangi olehnya setelah datuk bandar di kampung halamanya bertindak menggigit pingat yang diperoleh olehnya ketika membuat penampilan untuk  Jepun dalam permainan softball di Olimpik Tokyo.

Miu Goto, sebahagian daripada pasukan softball Jepun yang berjaya menewaskan Amerika Syarikat di final telah dijemput ke pejabat datuk bandar, Takashi Kawamura yang juga ahli politik untuk salah satu parti di Jepun. Ketika majlis meraikan Miu diadakan, Takashi terlalu teruja dengan kemenangan emas sehingga bertindak menggigit pingat tersebut.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Tindakan Takashi meletakkan pingat tersebut di antara giginya dikecam orang ramai. Ia tindakan yang buruk untuk dilakukan oleh seorang datuk bandar kerana itu bukan pingat yang dimenangi oleh Takashi. Tambah buruk lagi apabila kita sekarang berada di musim wabak, tindakan Takashi itu bukan sahaja dilihat pengotor malah membahayakan Miu dan orang lain yang mengambil langkah-langkah kesihatan bagi menghindarkan diri dari wabak.

8

Mainichi

Setelah kejadian yang memalukan itu tersebar di internet dan sampai kepada pengetahuan Olimpik. Mereka telah mengesahkan bahawa mereka telah memberikan Miu pingat baru setelah tindakan Takashi itu mendapat kecaman orang ramai. Kos untuk membuat pingat tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

“Dengan sokongan dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan sesuai dengan hasratnya sendiri, pingat Miu Goto kini akan ditukar dengan yang baru,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Selain warganet, antara yang mengkritik tindakan Takashi tersebut adalah atlet lawan pedang Jepun, Yuki Ota yang memenangi pingat perak di temasya kali ini. Yuki berkata tindakan Takashi tersebut tidak menghormati atlet dan Takashi tidak memahami kenapa langkah-langkah kesihatan yang ketat dilakukan di Olimpik Tokyo kali ini.

medal-pix

Nation

BBC melaporkan tindakan datuk bandar yang memalukan itu telah mengakibatkan pihak berkuasa bandar Nagoya menerima lebih dari 7000 aduan, sementara jenama kereta Toyota, yang bertanggungjawab menaja pasukan softball tempatan Goto the Red Terriers, menyebut tingkah laku Takashi “tidak sesuai” dan “sangat dikesali”.

Takashi yang juga seorang ahli politik kemudiannya meminta maaf, dengan mengatakan, “Saya lupa kedudukan saya sebagai datuk bandar Nagoya dan bertindak dengan cara yang sangat tidak sepatutnya. Saya sedar bahawa saya harus memikirkan tindakan tersebut.”

Atlet Israel buat salah pun boleh menang emas, jurulatih Rusia dakwa hakim Olimpik terima rasuah? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Atlet Israel Buat Salah Pun Boleh Menang Emas, Jurulatih Rusia Dakwa Hakim Olimpik Terima Rasuah?

Disarung Azizulhasni Dan Atlet Lain Di Olimpik, Netizen Mula Buru Kasut Bata Ini

Anda Mungkin Suka