Atlet Gimrama negara, Izzah Amzan menerima tamparan hebat setelah pingat emas yang dimenanginya Sabtu lalu dalam acara riben ditarik balik.

Difahamkan bahawa Izzah Amzan telah berjaya memperoleh pingat emas bersama dengan rakan senegara, Koi Sie Yan selepas kedua-dua atlet berkenaan mengumpul mata sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, berdasarkan kedudukan pingat terbaru disiarkan di laman web rasmi Sukan Sea 2019 Filipina, Izzah telah diberikan pingat perak.

Susulan itu, Malaysia bertindak menghantar surat bantahan rasmi kepada PHISGOC  menerusi Ketua Kontijen Negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berhubung penarikan semula pingat emas dimenangi gimnas negara itu.

Terdahulu, Izzah Amzan dan Koi Sie Yan  dinobatkan sebagai pemenang pingat emas pada 7 Disember lalu selepas masing-masing berjaya mengumpul 15.200 mata di Kompleks Sukan Rizal Memorial.

Terdahulu, Lego Sam berjaya menyumbangkan emas kedua kepada Malaysia menerusi acara tarian kategori ‘brekking’. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Atlet ‘Breakdance’ Sumbang Pingat Emas Di Sukan SEA Manila 2019 Tarik Perhatian Ramai Pihak

Pesilat Negara Cedera Disepak Buatkan Netizen Persoal Keputusan Pengadil

Benarkah Malaysia Pinjamkan RM900 Juta Kepada Filipina Bagi Jayakan Sukan SEA Manila 2019?

Sumber