Satu lagi sebab untuk menyukai Olimpik Tokyo 2020. Kesemua pingat untuk kejuaraan Olimpik Tokyo 2020 nanti akan diperbuat daripada barangan elektronik terpakai, majoritinya dari telefon pintar terpakai.

Pihak penganjur mahukan sesuatu yang baru untuk Olimpik ini dan rakyat Jepun sendiri boleh sama-sama mengambil bahagian dalam acara Olimpik ini dengan menderma produk elektronik terpakai mereka untuk tujuan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

phoness

Idea ini bagus kerana telefon pintar kita mengandungi emas, perak dan gangsa yang boleh dikitar semula. Walaupun jumlahnya sangat kecil, tetapi jika ianya datang dari beribu-ribu telefon pintar, misi ini tidak mustahil untuk dicapai.

Produk eletronik adalah ‘lubuk emas’ di Jepun kerana kemajuan dari segi produk elektronik di sana. Tahun 2014 sahaja, Jepun dapat memperoleh kembali 143kg emas, 1,556kg perak dan 1,112 tan gangsa dari gajet dan produk elektronik terpakai.

Sebagai perbandingan, untuk kesemua medal di Olimpik London 2012, sebanyak 9.6kg emas, 1,210kg perak dan 700kg perak digunakan. Rasanya Jepun tiada masalah untuk mengumpul jumlah bahan mentah yang diperlukan untuk membuat pingat-pingat ini.

usain bolt