Pasti anda terlihat di media sosial apabila ramai orang mula kongsi gambar pinggan mangkuk bercorak dengan harga yang murah, bukan? Semestinya corak yang cantik membuatkan ramai orang teringin untuk memilikinya.

Oleh itu, Public Health Malaysia telah mengeluarkan kenyataan dan amaran berhubung dengan penggunaan pinggan bercorak itu dimana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini mungkin disebabkan kerana pinggan mangkuk tersebut menggunakan bahan yang mengandungi plumbum sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.

Malah, pinggan bercorak warna warni tersebut juga akan memberi kesan kepada anak dengan membantutkan perkembangan, menyebabkan IQ rendah dan anak akan mengalami masalah pembelajaran.

Bagi anda yang sudah memiliki pinggan mangkuk bercorak warna-warni tersebut, anda mungkin boleh jadikan ia sebagai perhiasan sahaja. Adakah anda antara yang mengikuti ‘trend’ membeli pinggan mangkuk bercorak warna-warni ini?

Sementara itu, set pinggan mangkuk cantik yang viral di media sosial baru-baru ini juga diragui status halalnya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Status Halal Diragui, Ini Penjelasan Pejabat Mufti Mengenai Set Pinggan Mangkuk ‘Bone China’

Benarkah Mangkuk Lauk Corningware ‘Vintage’ Mencecah Harga Ribuan Ringgit?