Kini ramai yang sanggup menampakkan diri sendiri kaya dan mewah di platform online untuk menarik pengikut media sosial. Salah satu caranya dengan menyewa kereta-kereta mewah untuk dijadikan konten.

Baru-baru ini seorang influencer di China terpaksa membayar ‘harga konten’ yang sangat mahal apabila dia merosakkan bahagian tepi hypercar Ferrari LaFerrari yang dipinjamnya semasa mahu keluar dari kotak parkir kereta.

Pada awal video yang tular, Hua Zi dilihat duduk di dalam kereta bersama seorang gadis cantik di sebelahnya. Selepas dia menjawab soalan daripada perakam video, influencer itu menghidupkan enjin kereta dan terus memandu keluar dari kotak parkir.

Bagaimanapun ketika dia membelok ke kanan, Hua Zi telah melanggar plaform yang ada di sebelah kanan sehingga menyebabkan bahagian badan kereta pecah dan bucu platform ‘tersangkut’ pada rim tayar kereta mewah itu.

Sumber Gambar: Bili Bili

Sejurus melihat kerosakkan yang berlaku, Hua Zi ‘terduduk’ dan ditenangkan orang ramai yang berada di tempat kejadian. Kemudian dia menelefon pemilik hypercar terbabit untuk memberitahu insiden yang berlaku itu.

Siapakah wanita di sebelah bahagian penumpang pula? Dia merupakan ‘talent’ berbayar yang sepatutnya dipaparkan dalam video konten yang mereka berdua lakonkan. Bagaimanapun Hua Zi berjanji akan membayar 5,000RMB (RM3,200) kepada gadis tersebut sebagai token seperti dijanjikan walaupun rakaman video mereka ‘gagal’.

Sumber Gambar: Bili Bili
Sumber Gambar: Bili Bili
Sumber Gambar: Bili Bili

Portal Setn.com melaporkan kos baik pulih kenderaan itu ialah kira-kira $300,000RMB (RM195,243) dan anggaran kerugian susut nilai adalah setinggi $2 juta RMB (RM1.3 juta). Hua Zi sangat bernasib baik kerana pemilik kereta hypercar tersebut hanya meminta dia membayar kos pembaikkan kerosakan yang dibuatnya sahaja.

Ferrari LaFerrari merupakan model hypercar hibrid keluaran terhad sebanyak 499 unit sahaja di dunia. Kereta itu debut pada tahun 2013 dengan enjin naturally-aspirated 6.3L V12 dipadankan dengan elektrik motor yang dapat menghasilkan 950hp.

Semasa pelancaran hypercar edisi terhad ini ditawarkan kepada pelanggan Ferrari bermula daripada USD1.42 juta (RM6.75 juta) sahaja. Bagaimanapun oleh kerana ia dicipta sebagai kereta eksotik dan ‘collectible item’, laman classic.com memaparkan harga terkini bagi sebuah LaFerrari Coupe bernilai kira-kira USD3.9 juta (RM18.5 juta).

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.