Buat peminat gaya streetwear di Bangkok, Carnival adalah salah satu butik terkenal di sana bagi yang ingin mendapatkan kasut dan pakaian terbaru dari jenama-jenama hebat antarabangsa seperti Adidas, Nike, Puma, Undefeated dan lain-lain.

Lelaki berusia 35 tahun, Pint Anupong adalah mastermind di belakang Carnival Bangkok. Pint sendiri adalah peminat sneakers dan mempunyai lebih 300 pasang kasut dalam koleksinya. Menurut beliau, kasut adalah sesuatu yang timeless dan sentiasa akan ada permintaan. Sejarah kasut sneakers sudah berusia lebih 100 tahun dan ianya untuk semua. Semua orang mampu membeli dan memakainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun Thailand terkenal sebagai negara yang menghasilkan barangan fake yang jauh lebih murah, itu tidak bererti tiada langsung permintaan untuk barangan yang original. Pada mulanya, Pint menubuhkan Carnival Converse pada tahun 2010 bersama rakannya selepas mengetahui kegilaan beliau terhadap kasut.

Ianya hanya kedai kecil di Siam Square yang menjual jenama Converse sahaja. Selepas beberapa tahun, Carnival mula berkembang dan menjual jenama-jenama lain. Ketika ini, Carnival sudah mempunyai 5 cawangan dan cawangan terbesar mereka masih terletak di Siam Square.

Tahun 2012, Carnival mula menjual pakaian dengan jenama mereka sendiri, Carnival yang kini sudah mendapat tempat di hati peminat streetwear di sana. Carnival juga sudah membuat kolaborasi dengan pelbagai jenama antarabangsa seperti Vanquish Japan dan FR2.

Jika anda berkunjung ke Bangkok, jangan lupa untuk singgah ke Carnival. Jika bernasib baik, anda masih dapat membeli kasut edisi khas sekiranya berkunjung ke Carnival. Dari susunan gambar di Instagram Carnival sudah tahu kedai Carnival ini memang sebuah butik yang awesome.