Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, ia bukan sahaja telah memberi kesan terhadap kesihatan orang ramai malah ia turut menyebabkan ekonomi dalam bidang pelancongan semakin tenat.

Tidak mahu perkara tersebut terus berlarutan, Thailand dilaporkan akan mengambil inisiatif baharu untuk membuka pintu sempadan negara tersebut kepada pelawat asing dari semua negara tidak lama lagi.

Tindakan itu difahamkan akan dapat meningkatkan ekonomi negara tersebut di dalam sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak COVID-19.

Untuk merealisasikan perkara berkenaan, jemaah menteri menerusi jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek mengumukan mereka telah meluluskan pelan memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara.

STV sebelum ini telah dilancarkan dan dibuka kepada pelancong dari negara berisiko rendah COVID-19, namun kurang mendapat sambutan.

Justeru itu, pelan terbaru yang akan membolehkan pelancong tinggal lebih lama itu menurutnya akan dibuka kepada pelawat dari semua negara dan tidak hanya terhad kepada pelancong daripada negara berisiko rendah.

“Jauh lebih rendah daripada jangkaan kami. Hanya 825 pelancong daripada 29 negara dan enam kapal layar dari negara asing berlabuh di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Para pelancong yang berhasrat untuk memasuki Thailand bagaimanapun perlu mematuhi beberapa syarat seperti menjalani kuarantin wajib sebaik tiba dan dan memiliki insurans kesihatan.

Untuk insurans kesihatan ianya difahamkan pelancong perlu mempunyai polisi yang merangkumi rawatan COVID-19 berjumlah AS$100,000 atau sekitar RM406,850.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini di mana negara Thailand telah mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik kerana mahu kegunaannya diperluas? Baca pada pautan di bawah.

Thailand Keluarkan Ganja Daripada Senarai Narkotik, Mahu Kegunaannya Diperluas

Pengutip Sampah Thailand Ini Terkejut Kutip Batu ‘Rare’ Bernilai RM2.9 Juta

Anda Mungkin Suka