Ini yang dikatakan betul-betul handal. Lelaki dengan nama Youtube JunsKitchen ini memang terkenal dengan video-video beliau mengasah pisau. Tetapi video terbaru ini memang unik. Beliau ditipu ketika membeli pisau yang sudah berkarat ini. Beliau jadikan pisau yang dibelinya daripada keadaannya usang kembali seperti baharu! Lihat sahaja demo beliau cantas kertas. Terpotong begitu sahaja. Mesti lelaki yang jual pisau itu menyesal kalau lihat video ini. Menariknya, video ini menjadi video trending #1 di Youtube beberapa hari lalu! Ramai betul yang puas hati dengan kondisi pisau ini di akhir video. Dan tambah menarik lagi dua ekor kucing Jun yang ‘menyibuk’ di sebelah tu. Geram betul tengok.