Google baru sahaja melancarkan peranti flagship baharu mereka untuk menyaingi peranti-peranti di dalam pasaran. Kedua-dua model yang dilancarkan adalah Pixel 7 dan Pixel 7 Pro dengan menampilkan sejumlah ciri menarik yang bakal menarik minat para pengguna di luar sana.

Dari segi rekaan, kedua-dua model masih menggunakan reka bentuk seakan siri sebelumnya tetapi dengan skrin yang lebih rata dan premium. Malah, siri kali ini Google lebih mengutamakan penggunaan bahan kitar semula. Mari kita lihat spesifikasi bagi kedua-dua model yang dinantikan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pixel 7

Sumber Gambar: YouTube

Model ini hadir dengan skrin yang lebih kecil iaitu 6.3-inci OLED FHD+ dengan sokongan refresh rate 90Hz sahaja. Siri kali ini menampilkan janaan cip Google terbaharu yang dinamakan Google Tensor G2 dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Dari segi kamera, Pixel 7 menggunakan sensor 50MP dengan konfigurasi dwi-kamera tanpa sensor telefoto 5x optikal, sokongan Macro Focus seperti di Pro. Bagaimanapun, model ini masih menyokong ciri rakaman video Cinematic Blur serta mempunyai kamera swafoto dengan 10.8 MP.

Sumber Gambar: YouTube

Seperti model Pro, peranti ini turut mempunyai cip sekuriti Titan M2, sokongan imbasan wajah, pengimbas cap jari bawah skrin dan juga perlindungan IP68. Kapasiti bateri sebesar 4,335mAh boleh menjamin ketahanan selama 72 jam dengan menggunakan Extreme Battery Saver.

Pixel 7 Pro

Sumber Gambar: YouTube

Untuk versi Pro pula, ia hadir dengan skrin 6.7-inci OLED LTPO QHD+ yang menyokong adaptive refresh rate 120Hz. Peranti ini dijana dengan cip Google Tensor G2 yang dipadankan bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Untuk fotografi, versi Pro sudah pasti diberikan kelebihan termasuklah menggunakan konfigurasi tri-kamera dengan sensor 50MP utama, 48MP telefoto, 5x zum optikal + 12MP ultra lebar autofokus dan juga kamera swafoto 10.8MP.

Sumber Gambar: YouTube

Google turut menyertakan ciri AI untuk sokongan Macro Focus, Cinematic Blur, rakaman video 10-bit HDR, Super Res Zoom 30x zum dan Real Tone untuk warna kulit yang natural. Google masih mengekalkan penggunaan  cip sekuriti Titan M2 yang memberi perlindungan peranti serta untuk imbasan cap jari dan wajah bersamanya.

Kedua-dua peranti mempunyai sokongan paparan HDR+10, speaker stereo bersama perisian Android 13 serta kemas kini sekuriti selama lima tahun dan beberapa ciri eksklusif Pixel 7 seperti VPN percuma menerusi Google One.

Harga jualan Pixel 7 bermula dengan $599(~RM2,777) untuk 128GB, manakala pilihan storan 256 dijual pada harga $699(~RM3240). Pixel 7 Pro  dengan variasi 128GB ditawarkan pada harga bermula $899(~RM4,168).

Pixel 7 Pro dengan variasi 256GB ditawarkan pada harga $999(~RM4,631) dan secara khususnya untuk versi Pro turut hadir variasi 512GB dengan harga $1099 (~RM5,095).

Sumber