Tidak lama lagi, sambutan Valentine’s Day akan tiba dan pastinya ada daripada anda yang tidak tahu ingin hadiahkan apa buat kesayangan.

Apa kata anda tampil dengan kelainan pada Valentine’s Day pada tahun ini? Anda boleh hadiahkan pasangan anda dengan pizza berbentuk hati edisi khas yang baru sahaja diperkenalkan oleh Pizza Hut Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pizza Hut telah perkenalkan menu baharu iaitu Pizza Heart merupakan piza berbentuk hati yang boleh didapati bersama ‘topping’ kegemaran ramai seperti Hawaiian Chicken, Aloha Chicken, Beef Pepperoni dan Chicken Pepperoni. Dapat dilihat potongan pizza cukup sempurna dan dihidang dengan ‘topping’ yang menyelerakan.

photo_2020-02-13_14-07-37

photo_2020-02-13_14-07-43

Untuk pengetahuan anda, Pizza Heart kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut dan juga melalui khidmat penghantaran di seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 16 Februari 2020 sementara stok masih ada.

Harga Pizza Heart ini bermula dari RM39.90 untuk hidangan a la carte dan juga kombo turut tersedia dan anda boleh dapatkan ia dengan makan di restoran atau secara penghantaran ke rumah.

Tunggu apa lagi? Nikmati Pizza Heart ini bersama yang tersayang, tidak semestinya kekasih, boleh juga berkongsi kasih sayang bersama keluarga dan rakan.

Jangan terlepas peluang pula untuk mencuba Pizza Heart ini. Nanti sudah terlepas menyesal pula. Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel menu yang pernah diperkenalkan oleh Pizza Hut. 

Pizza Hut Perkenalkan Menu Istimewa ‘Sweet & Sour Cheesy Bites’ Sempena Tahun Baru Cina

Pizza Hut Malaysia Perkenalkan Menu Unik ‘Durian Cheese Pizza’

Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’