Pernahkah anda terfikir, untuk membuat pesanan pizza hanya menggunakan kasut? Jika ya jangan risau kerana baru-baru ini Pizza Hut telah mencipta The Pie Tops II yang merupakan kasut pintar yang melawan arus jenama kasut lain; kasut ini dicipta untuk anda memesan Pizza bukannya bersenam.

Pie Tops II, merupakan sekuel kepada Pie Tops kasut tahun lalu dan model ini juga sebahagian daripada kempen iklan untuk March Madness. Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan anda memberhentikan sejenak cerita di televisyen ketika anda pergi mengambil pesanan pizza di depan pintu rumah anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bekerjasama dengan The Shoe Surgeon, Pizza Hut telah mencipta dua warna baru untuk Pie Tops II, iaitu warna all red saucy dan buttery crust. Pie Tops II juga dilengkapi dengan teknologi Bluetooth yang boleh dihubungkan dengan aplikasi telefon pintar Pie Tops.

https://www.youtube.com/watch?v=FpjOBxBMOKA

Anda hanya perlu menekan butang pada lidah kasut untuk membuat pesanan pizza dan pizza akan sampai terus ke rumah anda. Memang awesome pemasaran Pizza Hut ini.

Sama dengan keluaran sebelum ini, Pie Tops II akan dihasilkan terhad kepada 50 pasang untuk dijual. Untuk membelinya, anda perlu melalui HBX pada 19 Mac ini, dan kasut tambahan yang lain akan diberikan melalui media sosial.