Lain macam marketing Pizza Hut kali ini. Nampaknya mereka menjadi lebih inovatif dan memilih approach terbaru yang unik ini sebagai percubaan.

Memperkenalkan The Pie Tops. Kasut bewarna putih dan merah ini mempunyai logo Pizza Hut dibelakangnya. Kasut ini mempunyai sistem Bluetooth pada lidah kasut yang apabila anda menekannya, dua pizza dengan harga USD9.77 akan tiba ke rumah anda. Gila cool!

Cuma 64 pasang kasut ini dihasilkan buat masa ini dan menurut Adweek, kasut ini dibuat secara handmade oleh pembuat kasut kustom terkemuka, Shoe Surgeon. Kalau Shoe Surgeon yang buat kasut ini, memang boleh kata kasut ini memang hebat kualitinya!

Dengan kembalinya rekaan kasut sebegini, adakah trend kasut high cut basketball akan kembali selepas ini? Sedap pula tengok pizza dalam video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=OVP3dyhnaLo

Sumber