Kerajaan telah mengalami kerugian sebanyak RM1 bilion setiap hari sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada Rancangan Pemulihan Nasional semalam, Muhyiddin berkata keputusan untuk melaksanakan PKP 3.0 bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tetapi ia perlu bagi mengeluarkan Malaysia dari krisis COVID-19 dengan cepat demi kesihatan dan kelangsungan hidup semua orang.

Dengan bantuan pakej ransangan ekonomi dan bantuan kewangan Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal RM5 bilion diumumkan semalam. Muhyiddin berharap bantuan ini mampu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh setiap rakyat Malaysia.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebelum ini mengatakan bahawa negara mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion setiap hari semasa MCO pertama dan angka itu jatuh kepada RM300 juta setiap hari semasa MCO 2.0 setelah lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

KKM beri bayangan sistem kesihatan Malaysia berada di ambang lumpuh. Klik pautan di bawah untuk membaca.

KKM Beri Bayangan Sistem Kesihatan Malaysia Berada Di Ambang Lumpuh

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal

Sistem Kesihatan Di Peringkat ‘Breaking Point’, Katil Hospital Di Seluruh Malaysia Hampir Penuh

 

Sumber