Umum tahu hari ini telah bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4. Melalui fasa keempat ini, dapat dilihat jumlah kes positif COVID-19 setiap hari ini semakin menurun sekaligus menandakan negara menuju ke landasan yang betul dalam memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Menerusi PKP Fasa 4, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran dalam membolehkan ketua keluarga membawa seorang lagi ahli keluarga dalam membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian.

20200419-212411-0000-19_58_045396

Selain itu, individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan juga turut dibenarkan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ketua keluarga atau ahli keluarga yang mahu membawa penumpang yang sedang sakit ke klinik mahupun hospital.

Diharap orang ramai dapat menurut PKP fasa keempat ini dalam memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan dalam masa terdekat.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Ketahui juga tiga keunikan e-Kitchen Ramadan di Selangor sepanjang bulan puasa ini.

3 Keunikan Utama e-Kitchen Ramadan Di Selangor Sepanjang Bulan Puasa Ini

PM Umum PKP Disambung Sehingga 12 Mei Dengan Sedikit ‘Kelonggaran’