Terkini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 sehingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Malah, keputusan itu dibuat susulan peningkatan dan penularan kes yang berlaku di Klang, Petaling dan banyak lagi.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Tambahnya, pelaksanaan penguatkuasaan PKPB itu tidak membenarkan sebarang pergerakan keluar masuk atau merentas daerah. Walau bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah dibenarkan dan perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Selain itu, hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi serta majlis perkahwinan turut ditutup.

Malah, masjid dan rumah ibadat bukan Islam juga ditutup. Akan tetapi, semua kegiatan ekonomi di ketiga-tiga negeri dan wilayah persekutuan ini masih lagi dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi pusat hiburan dan kelab malam adalah tidak dibenarkan.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan dengan COVID-19 pada pautan di bawah.

Selepas Pusat Beli-Belah 1 Utama, Mid Valley Megamall Dan The Gardens Pula Sahkan Kes Positif COVID-19

100 Peratus Murid SK Bangsar Tidak Hadir Ke Sekolah Hari Ini Selepas Dua Kes Positif COVID-19

Anda Mungkin Suka