Berlandaskan wawasan untuk menjadi peneraju utama fesyen sopan dalam talian, Modanisa.com, sebuah platform perintis fesyen sopan yang mendapat sambutan hangat di 140 negara kini bakal melebarkan sayapnya ke pasaran Asia Tenggara.

Melihat kepada trend hijabista di Malaysia, tidak hairanlah kenapa jenama dari Turki ini menjadikan Malaysia sebagai tapak permulaan buat mereka menembusi pasaran Asia Tenggara.

Modanisa.com mempunyai tujuh kategori produk daripada pakaian wanita (sut, jubah, loungewear, dan lingerie), pakaian untuk ke majlis (gaun, sut formal dan skirt) sehingga ke pakaian plus size, pakaian sukan dan pakaian renang.

Pelancaran rasmi laman sesawang dan platform aplikasi Modanisa.com di Kuala Lumpur baru-baru ini turut memperagakan busana daripada 850 jenama yang malar segar sepanjang zaman. Pertunjukkan fesyen sopan secara maya tersebut dijayakan oleh hijabista dan pempengaruh media social (influencer) seperti Mira Filzah, Dahlia Rizal dan Iman Troye.

Pelancaran tersebut turut dihadiri perwakilan dari Turki, Mustafa Aydemir, Naib Pengerusi Persatuan Ahli Industri dan Perniagaan Bebas Turki (MUSIAD Malaysia) dan Andrew Tan, Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW).

“Syarikat kami merasa bangga kerana dapat menyatupadukan fesyen dan teknologi e-dagang yang canggih bagi memenuhi permintaan gaya hidup kaum Muslimah,” Kata Ketua Pegawai Eksekutif Modanisa.com, Kerim Ture.

Kerim-Ture-1
KERIM TURE, CEO MODANISA. SUMBER: DRAPERS

Menurut Kerim lagi, Malaysia dipilih sebagai tapak permulaan mereka kerana hasil dari Laporan Digital Malaysia 2019 menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai kecenderungan untuk berbelanja lebih tinggi melalui platform e-dagang.

Ture, salah seorang daripada 50 Pemimpin Ekonomi Islam yang disegani berkata Modanisa.com bertekad untuk menguasai pasaran di sini dengan menawarkan rangkaian fesyen sopan bergaya, ceria serta anggun.

https://www.instagram.com/p/CGcaC5LnIKP/

https://www.instagram.com/p/CGUYTDaFX2g/

Menurut Ture, variasi pilihan pakaian di Modanisa.com adalah untuk mereka yang ingin mengayakan pakaian yang trendy tanpa menjejaskan kesopanan.

Jenama-jenama di bawah Modanisa.com terdiri daripada pendatang baharu dalam industri hingga ke jenama fesyen sopan yang ternama dan utama di dunia termasuk TUVA, BENIN, REFKA, TAVIN, Everyday Basic, Luvic dan label plus-size ALIA – semuanya label persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh Modanisa.com.

Bagi yang berminat, anda boleh layari laman sesawang Modanisa.com atau muat turun aplikasi Modanisa di App Store atau Play Store. Selamat membeli belah!

Khabarnya butik stand alone pertama Uniqlo bakal dibuka di Damansara Avenue bulan depan, klik pautan di bawah untuk membaca.

Butik ‘Stand-Alone’ Pertama Uniqlo Malaysia Bakal Dibuka Di Damansara Avenue Disember Ini

Bagaimana But Timberland Ini Berjaya Menjadi Ikon Hebat Dalam Dunia Fesyen