Berjaya muncul sebagai platform simpanan emas pertama, HelloGold pada harini telah mengumumkan akan menutup operasi mereka di Malaysia pada 2 Februari 2023 ini.

Untuk pengetahuan, HelloGold merupakan sebuah platform yang memudahkan pengguna membeli dan menjual emas secara terus menerusi aplikasi. Difahamkan langkap penutupan operasi di Malaysia ini dibuat berikutan tidak lagi mempunyai titik komersial pada keadaan pasaran semasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu, pengguna HelloGold yang masih berpeluang membeli dan menjual emas pada akaun HelloGold sehingga 7 pagi, 2 Februari 2023.

Pihak HelloGold akan menjual sebarang simpanan emas pengguna akaun yang tidak membuat jualan sebelum tarikh tersebut dan bakal dikreditkan kepada akaun pengguna dalam tempoh 5 hari bermula 2 Februari 2023 ini.

Sekiranya anda mempunyai akaun HelloGold, kami menyarankan untuk segera menjual emas seawal hari ini memperlihatkan keadaan harga emas semasa yang boleh dikatakan agak tinggi.