Platoon adalah salah sebuah daripada tiga buah filem Perang Vitenam yang memaparkan sisi hodoh negara imperialis Amerika sebagai pembuli negara-negara kecil miskin yang diarahkan oleh Oliver Stone.

Filem ditulis sendiri oleh beliau dan dibintangi oleh Tom Berenger, Willem Dafoe dan menyaksikan kemunculan pendatang baru pada era awal 80an, yakni aktor Charlie Sheen. Manakala Johnny Depp juga turut muncul dibeberapa babak menjadi pelakon pembantu dalam filem ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Platoon diriliskan pada 19 Disember, 1986, dengan kutipan mencecah USD138.5 juta di Amerika Utara sahaja. Paling menakjubkan filem ini hanya melibatkan kos pembikinan bajet skala kecil yakni hanya sejumlah USD6 juta sahaja diperlukan.

Kejayaan paling manis bagi filem ini sudah tentulah apabila ianya berjaya dijulang sebagai FILEM TERBAIK pada ANUGERAH ACADEMY pada tahun 1986. Oliver Stone juga diangkat sebagai PENGARAH TERBAIK, disamping Suntingan Filem Terbaik dan Adunan Bunyi Terbaik di pesta filem berprestij tersebut.

Bahkan pada tahun 1998 Institut Filem Amerika telah meletakkan Platoon ditempat ke-83 dalam senarai”AFi’s 100 years… 100 Movies semasa pemilihan.

Platoon adalah filem Hollywood pertama yang ditulis dan diarahkan oleh seorang veteran Perang Vietnam, iaitu Oliver Stone sendiri yang pernah berkhidmat sebaga Prajurit di Vietnam.

Oliver membuat filem ini  untuk menentang wawasan perang yang digambarkan oleh John Wayne dalam sebuah filem perang berjudul The Green Berets.

PLOT

Filem berkisah kepada seorang anak muda mentah Amerika yang bernama Chris Taylor menjadi sukarelawan U.S. Army pada 1967 di Vitenam. Dia ditugaskan dalam platun infantri berhampiran sempadan Kemboja. Platun tersebut dikepalai oleh dua askar yang berpengalaman iaitu Staf Sarjan Robert “Bob” Barnes dan Sarjan ELias.

Platun ini jadi bermasalah apabila berlaku perebutan kuasa dan ‘politik dalaman’ untuk menentukan siapa yang lebih berkuasa dan siapa ketua?

Prebet-prebet terpaksa memilih sama ada ingin berada dibawah ‘kuasa dan telunjuk’  Staf Sarjan Bob (Tom Berenger) yang lebih dominan, ramai orang kanan dan  ‘jahat tak nampak’ walaupun pada luarannya kelihatan baik; atau memilih untuk berada bersama Sarjan Elias (Willem Dafoe), yang lebih sado, kepala gila dan kaki ganja tapi berhati muliya dan masih bersikap rasional.

Taylor tersepit di antara keduanya. Tetapi pada saat-sat akhir memilih untuk berada dalam kem Sarjan Elias disebabkan tidak tahan lagi melihat kekejaman, pembunuhan, rogol dan pencabulan hak asasi rakyat miskin Vitenam yang dilakukan oleh Staf Sarjan Bob dan kuncu-kuncunya.

Melihat pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh pasukan platunnya membuatkan emosi dan mental Taylor begitu terganggu. Ingat, Chris Taylaor adalah budak mentah!

Niat awalnya untuk berkhidmat terhadap negaranya demi semangat patriotik kini dipersoalkan kembali. Propaganda yang dimainkan oleh media Zionis sangat berlainan sekali dengan apa yang sebenarnya berlaku di Vietnam itu sendiri.

Media propaganda Amerika memutar belitkan fakta dan menggambarkan tentera komunis Viet Cong Utara sebagai kejam dan jahat sedangkan realiti sebenar yang dilihat oleh Chris Taylor di depannya menunjukkan [latunnya yang tidak bersikap seperti seorang manusia.

Filem ini cuba bercakap soal survival tapi dalam masa yang sama memaparkan sisi busuk tentera Amerika yang tidak diketahui ramai termasuk warga Amerika sendiri, dan Oliver Stone memang cekap dan pakar soal begini. Sesiapa yang pernah melihat sebuah lagi filem hasil tangan Oliver, JFK pasti tahu tentang ini.

Pertembungan diantara KEM Bob dan KEM Elias yang selama itu cuba ditutup rapi dan cuba dielakkan selagi yang termampu disebabkan perasaan masih termalu alah akhirnya tidak dapat dibendung lagi.

Kemuncaknya apabila Staf Sarjan Bob dan budak-budak macainya mengamuk dan menggila dengan membunuh keluarga petani miskin dan merogol gadis-gadis petani di kampung tersebut sesuka hati dek kerna terlampau marah dengan kematian salah seorang rakan anggota platun mereka dibunuh komunis Viet Cong!

Staf Sarjan Bob dan pengikutnya merasakan para petani di kampung tersebut turut bertanggung jawab dan bersubahat dengan melindungi dan memberikan bantuan kepada tentera-tentera tikus Viet Cong.

Hal tersebut akhirnya disedari oleh Sarjan Elias (satu-satunya anggota platun yang berani dan dapat menghentikan perbuatan kotor celaka Staf Sarjan Bob dan juak-juaknya) walaupun agak sudah terlambat. Nasi sudah jadai bubur. Jenayah sudah berlaku.

Wajah Staf Sarjan Bob penuh dengan kejahatan tersirat apabila penonton melihat cara dia tersenyum dengan bibirnya yang sumbing dan parut yang jelas kelihatan di sekeliling mata akibat kecederaan lama perang.

Bagaimanapun dia tetap masih tidak dapat mencantas ‘kuasa’ Sarjan Elias disebabkan anggota-angota platun termasuk orang-orang kanannya sendiri memandang tinggi dan mempunyai perasaan hormat kepada Elias disebabkan beliau seorang ketua dan askar yang sangat berani dan berpengalaman di medan-medan tempur berhadapan dengan askar Viet Cong.

Perlisihan tidak dapat dielakkan dan disembunyikan lagi. Ibarat api dalam sekam. Keduanya mempunyai ego dan perspektif yang berlainan dalam perang kotor Vietnam. Masing-masing mempunyai cara dan perangai peribadi yang kontra.

Tamat saja pertempuran terakhir, anggota Platun kembali ke kem. Di situ Sarjan Elias mengambil kesempatan untuk membuat ‘LAPORAN’ terhadapt Staf Sarjan Bob dan anggota-angota yang telah merogol gadis petani tempohari kepada ketua atasan mereka yakni Leftenan Wolfe, seorang yang tidak berapa dihormati oleh anggota bawahannya sendiri disebabkan faktor pengalaman perang dan usia yang terlalu muda. Lepasan univerisiti yang diberikan jawatan dalam tentera.

Perlakuan haiwaniah yang dilakukan oleh sesetengah askar Amerika tidak dapat diterima oleh norma masyarakat sivil. Kotor dan cabul! Sisi gelap yang sukar diterima oleh manusia yang waras. Kejam. Sadis. Syaitan.

Laporan yang dibuat oleh Sarjan Elias diterima dengan endah tak endah oleh pegawai atasannya. Barangkali disebabkan oleh kesibukan berperang, kekurangan fasiliti, ramai askar terbunuh, masa dan lain-lain, maka laporan oleh Sarjan ELias dianggap sebagai hal remeh temeh oleh Leftenan Wolfe serta ditangguh untuk di bincangkan di lembaga displin serta dibicarakan di Makhamah Tentera Amerika.

Taylor dalam diam-diam berpihak kepada Sarjan Elias dan cuba untuk terlibat sama sebagai saksi utama jenayah perang tersebut. Dia lebih banyak mendekati kem Elias, walaupun kumpulan tersebut kelihatan seperti budak-budak jahat yang suka hisap ganja di dalam berek kem.

Staf Sarjan Robert “Bob” Barnes memerhatikan perkara ini dari jauh. Dia bukan bodoh. Dia sedar Sarjan Elias dan Taylor sedang cuba kenakan dia. Jadi Bob cuba merancang suatu ‘kemalangan tidak disengajakan’ ke atas bekas kawan baiknya Sarjan Elias.

Klimaks kepada filem ini menyaksikan ‘patriot Amerika sebenar’ yang bernama Sarjan Elias ini mati ‘terbunuh’ (atau dibunuh oleh anggota platunnya sendiri).

Babak Sarjan Elias mengangkat tangan ke atas dan melutut selepas cedera ditembak Staf Sarjan Bob tapi dia masih sempat melarikan diri dalam keadaan cedera parah dikejar pula tentera Viet Cong Utara tapi sayang tidak sempat diselamatkan setelah helikopter Amerika baru saja berlepas pergi.

Kematian Sarjan Elias disaksikan oleh platunnya sendiri dari atas helikopter dengan perasanan bercampur baur; bersalah, pilu dan lega. Kejadian pilu ini berlaku seiring dengan skor muzik yang amat menyentuh perasaan.

Babak tersebut adalah kemuncak naratif filem ini dan sebuah fragmen yang paling menyayat hati dan membuatkan penonton mula terfikir, SIAPA MUSUH SEBENAR AMERIKA?

Apakah benar Komunis Viet Cong Utara pimpinan Ho Chi Minh itu menjadi ancaman besar keapada warga Amerika? Benarkah musuh utama dan ancaman terbesar berada jauh di negara miskin seperti Vitenam, atau sekumpulan manusia yang sedang berselindung disebalik pentadbiran dalam Rumah Putih itu sendiri.

Dalam Platoon, Oliver Stone cuba memberitahu penonton secara tersirat bahawasanya bukan sahaja gadis petani vietnam, penduduk kampung miskin yang tak berdosa dan Sarjan Elias menjadi mangsa bahkan Staf Sarjan Bob dan kuncu-kuncunya juga turut menjadi mangsa dengan meletakkan diri mereka sebagai Penjenayah Perang Vietnam.

Filem ini bermain dengan emosi dan psikologi perang itu sendiri walaupun hanya pada peringkat permukaan sahaja.

Bagaimana pun Oliver Stone pada waktu itu belum berani mendedahkan tentang Agent Orange; iaitu semburan bahan kimia terlarang oleh Militari Amerika di sungai-sungai di seluruh Vietnam yang mengakibatkan KECACATAN MUTASI terhadap warga Vietnam sampai ke hari ini.

Benarlah seperti yang dikata – dalam perang tiada siapa yang menang, ‘Menang jadi arang kalah jadi abu’. Sejarah tertulis bahawa Amerika telah kalah dalam keadaan paling memalukan dalam perang yang paling panjang dalam sejarah dunia moden di Vietnam. Doi Moi!

Itu jugalah yang berlaku di dalam PERANG SYRIA hari ini apabila MEDIA PROPAGANDA ZIONIS ANTARABANGSA cuba menjadikan rakyat Syria sebagai KAMBING HITAM, dengan menimbulkan penipuan dan mencetuskan perperangan diantara Sunni dan Syiah.

Media mempunyai agenda jahat dengan cuba mengapi-apikan isu ini. Sehingga kita boleh sahaja terlupa bahawa musuh sebenar adalah ZIONIS yang mengawal media, bank-bank kapitalis brengsek, persatuan pengeluar senjata dan Presiden Amerika Serikat yang berada dibawah telapak kaki mereka.