Akhirnya filem Playing with Fire telah berada di pawagam terdekat anda. Pasti ada daripada anda yang teruja dengan tayangan filem ini.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan tentang kehidupan beberapa ahli bomba yang berubah apabila terpaksa menjaga tiga anak saudaranya dimana telah diselamatkan dalam satu kebakaran.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Walaupun para bomba tersebut merupakan bomba terlatih dan bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan, tetapi menjaga budak-budak merupakan cabaran terbesar buat mereka.

Kami tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang filem Playing with Fire ini kerana kami rasakan ianya lebih baik jika kami hanya sekadar bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh hanya beberapa aspek dalam filem ini sahaja.

1. Jalan cerita

PLAYING WITH FIRE

Sumber: Doane Gregory

Bagi kami, filem Playing with Fire ini digarap dengan baik dan padat dengan penceritaan sehingga anda tidak berasa puas menonton dan ingin menonton lagi dan lagi.

Pada permulaan filem agak ‘slow’ tetapi plot cerita filem ini disusun dengan baik daripada misi padamkan kebakaran sehinggalah cabaran-cabaran ketika menjaga budak-budak tersebut. Pelbagai adegan yang melucukan dalam filem ini pastinya buat anda penat ketawa.

2. Character development

playing-with-fire-john-cena

Sumber: Flickering Myth

Kita dapat lihat yang flow pengenalan setiap watak digarap dengan baik. Disebabkan itu, setiap watak dapat ditonjolkan dengan sangat baik kerana memiliki karakter-karakter tersendiri.

Malah, setiap watak diketengahkan dengan baik dan nampak ‘hidup’ serta menyerikan filem ini.

3. John Cena

maxresdefault

Sumber: wrestlinginc

Bagi kami, John Cena berjaya membawa wataknya dengan baik sekali. Siapa sangka John Cena mampu membawa watak yang kelihatan serius tetapi masih mampu deliver lawak cukup bersahaja.

Sedikit spoiler, rupa-rupanya watak Jake Carson yang dibawakan oleh John Cena cukup meminati kumpulan K-Pop iaitu BTS. Tidak percaya? Anda kena tonton sendiri filem ini.

4. Elemen kekeluargaan

PLAYING WITH FIRE

Sumber: Doane Gregory

Dalam sesuatu filem pastinya akan ada mesej yang cuba disampaikan. Jadi, dalam filem Playing with Fire ini padat dengan mesej kekeluargaan dan pastinya akan bermain dengan emosi anda.

Pastikan anda membawa tisu kerana pengakhiran filem ini akan membuat mata anda berkaca dan mungkin akan membuat anda menangis.

Mungkin laman kritik tidak memberikan rating yang tinggi tetapi bagi kami filem ini just nice untuk ditonton. Kami memberikan filem ini 7/10 bintang dan anda harus tonton filem ini di pawagam terdekat anda.

Kami memberikan rating tersebut kerana filem ini sarat dengan mesej dan penuh dengan lawak yang just nice. Mungkin bukan karya yang sempurna tetapi cukup menghiburkan!

Apa kata anda lihat sisi kelakar John Cena dalam filem Playing With Fire pada pautan di bawah ini. 

Lihat John Cena Tonjolkan Sisi Karakter Yang ‘Fun’ Dalam Playing With Fire

Tonton Trailer Rasmi Playing With Fire Menampilkan John Cena

Anda Mungkin Suka