Industri pelancongan baru sahaja mahu mula rancak beroperasi selepas kes penularan wabak COVID-19 berkurangan. Akan tetapi, kes yang meningkat mendadak menyebabkan kita terpaksa berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

Terbaharu, hos homestay Joe Eu telah berkongsi keadaan rumah penginapannya yang beliau sewakan kepada pelanggan di Shah Alam. Beliau berasa terkilan apabila pelanggannya telah mencuri barangan berharga di rumah penginapannya seperti TV, PlayStation 4, Sonic Gear soundbar, komputer riba dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2021-01-16 at 9.24.50 AM

Bukan itu sahaja, barangan seperti kerusi meja makan, cermin dinding dan juga lampu meja turut dirosakkan. Menurutnya, 6 pelanggan iaitu 5 lelaki dan seorang perempuan itu telah bertindak melakukan kegiatan tersebut.

Ketika dihubungi, Joe berasa terkejut kerana walaupun rumahnya dan sekitar bangunan memiliki CCTV tetapi mereka berani untuk mencuri. Menurut Joe, mereka seolah-olah tiada perasaan malu dengan perbuatan mereka yang sanggup merosakkan dan mencuri harta bendanya.

137256935_10159277381163648_320188643332281817_n

137565619_10159277380953648_4732854206323411846_n

137574908_10159277380968648_2007464217956571651_n

138558957_10159277381308648_1455997817723387319_n

138940950_10159277381128648_734936422288032568_n

139119262_10159277381338648_5594299824353710992_n

Tambah Joe, beliau akan memberikan ganjaran penginapan di homestay miliknya selama 5 hari secara percuma di Shah Alam jika ada yang boleh memberikan informasi mengenai mereka.

Untuk pengetahuan anda, kerugian beliau dianggarkan sebanyak RM6,000 dan kes juga sudah dilaporkan kepada polis. Bagi anda yang mempunyai maklumat bolehlah salurkan kepada beliau.

Kemaskini: Dalam satu kenyataan oleh Mich Goh, Ketua Dasar Airbnb di Asia Tenggara berkata isu tersebut dipandang serius oleh pihak Airbnb. Malah, pihak Airbnb akan memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung isu tersebut.

Pihak Airbnb juga menegaskan mereka mengutuk tingkah laku pelanggan tersebut dan telah menyingkirkan pelaku dari platform mereka dan siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Airbnb pada pautan di bawah ini.

Bayar RM700 Tetapi Rumah Kotor, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Penginapan Airbnb Dari ‘Neraka’

Penginapan ‘Unik’ Airbnb Di Petaling Jaya Ini Tawar Pengalaman Realiti Kehidupan Miskin Bandar

10 Sebab AirBnB Lagi Jimat Dan Best Berbanding Hotel