PlayStation 4 Edisi terhad atau lebih dikenali sebagai ‘Days of Play Limited Edition’ yang didatangkan dengan warna biru-emas bakal berada di pasaran global dan tempatan tidak lama lagi.

Konsol yang berwarna biru dihiasi dengan kemasan emas pada simbol petak, pangkah, bulat dan segitiga hadir dengan storan 500GB. Set ini turut disertakan dengan alat kawalan permainan dualshock berwarna biru.

ps4-6

Difahamkan PS4 edisi terhad ini akan mula dijual pada 8 Jun dengan harga sekitar $349 untuk set penuh beserta alat kawalan permainan.

Bagi anda yang sudah tidak sabar untuk memiliki PS4 edisi terhad ini, anda boleh layari laman web Sony Malaysia. Mana tahu anda boleh ajak rakan-rakan dan keluarga ketika Hari Raya nanti.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group