Setelah lama dinantikan peminat, akhirnya Sony Malaysia telah mengumumkan konsol generasi baharu mereka iaitu Sony PlayStation 5 bakal dilancarkan secara rasmi di Malayasia pada 11 Disebmer 2020 ini.

Menerusi pengumuman yang dibuat, pihak Sony Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi konsol ini dimana PlayStation 5 edisi digital bakal dijual dengan harga RM1,869 manakala versi Ultra HD Blu-ray bakal hadir dengan harga RM2,299.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

ps5-main

Selain itu, pihak Sony turut mengumumkan harga bagi aksesori PlayStation terdiri daripada DualSense yang bakal hadir dengan tanda harga RM349. Fon kepala Pulse 3D dengan harga RM469 dan Dual Sense Charger pada harga RM149.

Menariknya, para peminat atau gamer di Malaysia berpeluang membuat pra-tempahan Sony PlayStation 5 seawal esok iaitu 12 November 2020 di beberapa Sony Store dan penjual terpilih. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui senarai penjual terpilih oleh Sony Malaysia.

Tular pada minggu lalu apabila orang ramai berkongsi gambar miliki PlayStation 5 yang telah membuatkan para netizen tertipu.

Ramai Kongsi Gambar Miliki PlayStation 5, ‘Filter’ Ini Berjaya Buat Netizen Tertipu

PlayStation 5 Edisi Terhad Bersalut Emas 24K Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Anda Mungkin Suka