Konsol permainan PS5 sehingga kini masih menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia. Dengan penawaran yang terhad, masih ramai gamer yang tidak dapat membelinya setakat ini.

Sony kini berkongsi dokumen melibatkan komen untuk kes persaingan disebabkan oleh pengambil-alihan Activision oleh Microsoft. Menerusinya, Sony berkongsi pelbagai perkara termasuk berkaitan sasaran konsol generasi akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TechnoChops

Sony mengatakan sekiranya pengambil-alihan berlaku, terdapat kemungkinan sejumlah permainan dibawah Microsoft akan ditarik daripada PlayStation menjelang 2027. Dalam pada yang sama, Sony mengatakan ia mungkin memberikan kesan terhadap perpindahan pengguna ke konsol baharu mereka kelak.

Hal ini sekaligus memberi gambaran yang mana konsol Sony generasi seterusnya mungkin hadir seawal 2027 atau 2028 kelak. Sony memperkenalkan PS5 pada tahun 2020 dan dianggarkan mengambil masa selama tujuh tahun dalam memperkenalkan siri seterusnya.

Meskipun, PS5 merupakan konsol terkini daripada Sony, mereka tetap memberi sokongan kepada model sebelumnya iaitu PS4. Ramai pengguna masih berpeluang menikmati sejumlah katalog permainan menarik dan akan kekal relevan dalam beberapa tahun mendatang.