Anda rasa anda layak untuk digelar sebagai ‘gamers’? Mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk bermain permainan video dan mahu menjadikannya sebagai sumber rezeki?

Terbaharu, PlayStation telah membuka satu kerja kosong buat individu yang suka bermainan permainan video dan antara syarat-syaratnya adalah anda perlu fasih berbahasa Portugis, Rusia atau Arab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kekosongan yang berpusat di Liverpool, United Kingdom ini adalah bertujuan untuk menguji lokalisasi, di mana anda akan ditugaskan untuk memastikan audio dan teks dalam permainan video itu tepat dengan komuniti di sekitar anda.

Anda juga harus mempunyai pengetahuan yang baik mengenai bahasa – tatabahasa, ejaan, dan tanda baca. Jawatan ini juga memerlukan anda untuk menjadi pemerhati yang baik dan membetulkan perkara-perkara yang salah.

Screenshot 2020-08-27 at 9.40.29 AM

Iklan pekerjaan ini turut memberitahu bahawa anda juga akan dipertanggungjawabkan untuk menterjemah teks dalam permainan video atau teks dengan tujuan pemasaran. Masih berminat? Anda boleh mencuba nasib dengan memohon di laman Indeed.

“Adakah anda mempunyai minat terhadap bahasa dan permainan video? Adakah anda suka mencari kesalahan bahasa dalam permainan video? Adakah anda ingin menjadi sebahagian daripada pasukan antarabangsa yang kerjanya mempunyai kesan kepada pemain di seluruh dunia? Maka kami ingin dengar daripada anda!” Kata keterangan tersebut.

Sekiranya anda memohon dan merupakan calon yang telah dipilih, anda akan diminta untuk menjawab ujian terjemahan yang akan dihantar melalui e-mel dan ia mesti diselesaikan dalam masa 1 jam.

Waktu bekerja adalah 9 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Gaji untuk jawatan ini belum ditentukan lagi. Namun, antara kemahiran dan pengalaman yang anda perlukan untuk pekerjaan ini merangkumi :

  • Kefasihan dalam Bahasa Inggeris dan satu atau lebih bahasa
  • Mempunyai semangat yang tinggi dengan permainan video
  • Pengetahuan yang baik mengenai permainan video di pelbagai platform
  • Tahu menggunakan MS Office

Terdahulu, NASA telah membuka kerja kosong dengan gaji minimum RM200,000 dan berikut adalah syarat-syaratnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya

Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

Kementerian Wilayah Persekutuan Tawar Kerja Untuk Belia Yang Menganggur Dengan Gaji RM2,400

Sumber