Salah satu pusat beli belah terkenal di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur suatu masa dahulu pasti pernah menjadi pilihan anda untuk bersiar-siar hujung minggu.

Kini, harus kita akui bahawa suasana kemeriahan berbelanja di Plaza Sungei Wang semakin berkurang berikutan dengan kewujudan lebih banyak pilihan pusat beli belah di sekitar Lembah Klang. Mengikut laporan portal The Edge Market Plaza Sungei Wang bakal menerima perubahan baharu menjelang Jun 2019 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sungeiwangplaza

Dikhabarkan juga akan ada sentuhan teknologi baharu menggunakan skrin 3D untuk memaparkan warna-warna begermerlapan yang akan menghiasi suasana dalam pusat beli belah tersebut. Bukan itu sahaja, pengunjung akan dihadiahkan dengan pembinaan blok baharu yang akan dikenali sebagai “JUMPA” yang akan mempunyai taman hiburan keluarga, kedai makan dengan pelbagai pilihan dan banyak lagi.

Pastinya perubahan ini akan dinanti-nanti oleh anak-anak muda yang sering berkunjung ke sini suatu masa dahulu.

Baca lagi: 11 Lagi Pusat Membeli Belah Bakal Dibuka Sekitar Lembah Klang