Dah lama sebenarnya nak komen perkara ni, boleh dikatakan setiap kali kena beratur panjang kat lorong Smart tag, tiap kali itulah rasa nak komen.

Di kala kebanyakan lebuhraya dan jalanraya dah nak buat fully-electronic toll ni, saya rasa SMART TAG perlu penambahbaikan untuk kemaslahatan semua pengguna jalanraya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rasanya ramai kot yang mengalami masalah yang sama, bila lalu kat toll booth, lorong SMART TAG yang patutnya paling SMART dan paling laju tu lah yang sangkut, dan jadi punca traffic jam pulak.

Jadi kat sini saya cuba senaraikan masalah-masalahnya, dan mungkin juga cadangan penambahbaikan, atau kalau ada yang dah dibuat atau yang orang lain nak cadang pun silakan:

MASALAH:

1. Device Smart Tag yang baru ni banyak masalah, terutama di bahagian paparannya cepat rosak. Ini menyebabkan kita tak tau berapa nilai yang ada. Maka banyaklah jadi kes BAKI TIDAK MENCUKUPI, yang menyebabkan lorong SMART TAG jadi sangkut.

Kekadang satu device tu rosak menyebabkan terus dia tak dikesan (bukan sebab bateri habis, dah tukar bateri baru) maka keluarlah sign TIADA SMART TAG. Saya guna 2 biji device smart tag yang baru, dan kedua-duanya rosak di bahagian paparan, dan salah satu dah rosak terus.

2. Sistem lorong SMART TAG yang sangat lemah dan tidak canggih menyebabkan kerapkali kereta tersangkut bila terlalu rapat, maka keluarlah arahan JARAKKAN KENDERAAN, menyebabkan upacara reverse me-reverse terpaksa dilakukan beramai-ramai.

3. Penggunaan kad Touch ‘n’ Go yang wajib cukup nilai (tiada sistem kredit, atau lalu dulu, bayar kemudian masa tambah nilai) merupakan antara punca yang menyebabkan selalu berlaku kesesakan di lorong Smart Tag. Kadang-kadang yang lalu depan kita tu tak cukup seposen je dalam SMART TAG dia.

Untuk laluan dekat, bolehlah kita mencongak berapa baki. Tapi untuk laluan jauh di lebuhraya, adakala kita terlepas pandang nilai toll yang perlu kita bayar dan baki yang ada dalam kad touch n go. To make thing worse, display SMART TAG kita pula rosak. Akhirnya staf toll juga yang kena turun buat kerja kat situ.

4. Lorong SMART TAG yang terlalu sedikit terutamanya di kawasan bandar, di KL dan kawasan yang trafik agak tinggi. Adakala hanya ada satu lorong SMART TAG saja.

CADANGAN:

1. Tukar pembekal SMART TAG, jangan pakai lagi yang mudah rosak ni. Yang lama lagi tahan lasak walaupun sebenarnya device SMART TAG ni bukannya kita pakai lasak-lasak, bawa pergi berenang ke, naik gunung ke, tapi tetap dia rosak mungkin sebab tak tahan kepanasan cuaca di Malaysia.

Design yang baru dah cantik dah, tapi apalah gunanya kalau pakai seminggu dua je dah ada problem. At least, appreciate pengguna yang bayar lebih beli device untuk servis ni. Bayangkan betapa popularnya kerosakan dia sampai ada video tutorial macammana nak pulihkan paparan Smart Tag.

2. Cuba naik taraf sistem dengan sensornya supaya dua kereta masuk berhampiran pun dia boleh detect 2-2 device dan benarkan dua-dua sekali lalu. Lainlah kalau kereta yang di belakang tak ada smart tag, dia nak curi-curi lalu ikut kereta depan.

InshaAllah saya rasa benda ni boleh dibuat. Orang kata, kita yang buat dia. Semoga upacara reverse-me-reverse lepas ni boleh dihapuskan terus di lorong SMART TAG.

3. Cuba perkenalkan sistem kredit pada kad Touch ‘n’ Go kita,. Contohnya jika baki tak cukup dua tiga puluh sen, dia benarkan lalu juga. Cuma jadi negative balance. So, masa reload nanti tolaklah kan. Rasanya benda ni boleh je buat kot.

Kalau takut penipuan ke, atau kerugian ke, letaklah limit negative tu berapa. Maxima RM10 ke jadi bila kita lalu, tak cukup RM5, negative lah dia. Then masa reload, tolaklah balik negative tu.

Takkanlah ramai sangat rakyat Malaysia nak tipu balance –ve tu dengan beli kad baru setiap kali balance –ve. Boleh juga kawal dengan menghadkan pembelian kad touch n go melalui pendaftaran ID masa beli kad untuk elak penipuan.

4. Banyakkan sikit lorong SMART TAG terutamanya di kawasan sibuk. Katanya nak fully electronic kan? Kenalah sediakan fasiliti yang mencukupi. InshaAllah pengguna lebuhraya dan jalanraya akan hargainya.

Dah lah stress kena bayar toll. Oklah, perkara ni macam dah jadi biasa, tapi at least perkemaskanlah sistem tol tu supaya lebih lancar dan tak menjadi punca kepada trafik jem pula.

Oklah. Itu saja komen dan cadangan, kalau ada yang nak tambah silakan. Tapi ingat, komen untuk penambahbaikan, orang kata komen membina. Apalah gunanya teknologi kalau ia tak menyelesaikan masalah orang sebaliknya menimbulkan lebih masalah pula.