Seringkali kita melihat keadaan pantai di Malaysia yang tercemar berikutan sampah sarap yang bertebaran di sekitar pantai. Tidak hanya menjijikkan permandangan, kehadiran sampah sarap yang banyak ini turut menjejaskan kehidupan laut.

Pada kali ini, seorang pengguna Facebook iaitu Sharifah Nurul Aqilah telah berkongsi rutin beliau setiap kali pulang ke kampung halamannya di Pantai Pengkalan Maras, Kuala Nerus, Terengganu dimana beliau bersama keluarganya akan menjalankan aktiviti plogging.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

67468615_10206090708342193_1534836271514386432_o

Untuk pengetahuan, plogging merujuk kepada gabungan dua perkataan iaitu jogging dan picking up litter. Melalui aktiviti yang dijalankan, mereka akan mengutip sampah yang berada di sekitar pantai sambil beriadah.

Tujuannya, disamping membersihkan pantai demi menjaga ekosistem kehidupan laut, mereka juga berharap perkongsian mereka ini mampu memberi kesedaran pada anak-anak dan generasi akan datang serta masyarakat setempat pada kebersihan.

Antara sampah yang kerap dijumpai adalah pampers, botol air, kotak rokok, straw, gabus bekas ikan dan lain-lain lagi.

67241605_10206090707462171_4536156901108350976_o

67411390_10206090707982184_7623044068196483072_o

Berdasarkan perkongsian, tidak semua sampah yang berada di pantai hadir daripada pengunjung pantai sebaliknya datang daripada kapal-kapal di laut serta pulau-pulau sekitar dimana sampah dihanyutkan oleh ombak dan singgah di pantai berhampiran.

Perkongsian yang dibuat ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai dan tidak membuang sampah merata-rata demi menjaga kehidupan laut disamping menghargai jasa cleaner.