Selepas tertirisnya plot filem Avengers 4 baru-baru ini, tiba pula giliran Spider-Man menerima nasib yang sama. ‘Spider-Man: Homecoming 2’ akan ditayangkan di pawagam pada Julai 2019.

Sumber plot filem kedua Spider-Man ini datang dari laman Reddit. Ianya juga dari sumber yang sama yang mendapat tahu plot filem Avengers 4 lebih awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Amaran, jika anda tidak mahu membawa plot/spoiler untuk Spider-Man ini, jangan teruskan bacaan.

Menurut sumber dari Reddit, timeline filem in akan berlaku selepas Avengers 4, di mana Peter dihidupkan kembali dan bersedih kerana mentornya, Tony Star akan mati ketika Avengers 4. Ya, Tony Stark akan terkorban dalam Avengers 4.

TomHollandMain

Filem ini akan berkisarkan Spidey yang perlu mendapatkan kembali satu item penting yang dicipta Tony Stark daripada musuh beliau dan dijangkakan terdapat beberapa villain yang akan muncul dalam filem ini nanti.

Mysterio adalah penjahat utama untuk ‘Homecoming 2’ dan akan dibantu oleh Vulture dan Scorpion. Seorang pembantu Mysterio akan diperkenalkan dalam filem ini di mana watak ini nanti akan dikembangkan menjadi villain hebat untuk filem akan datang Spider-Man. Kemungkinan besar watak ini akan diberikan kepada seorang pelakon A-List Hollywood.

Sinister Six
The Sinister Six

Penjahat Sinister Six mungkin akan muncul dalam filem ketiga Spider-Man tetapi buat masa ini, Marvel Studios tidak membuat sebarang kenyataan rasmi untuk filem ketiga Spider-Man.

Tajuk sementara filem Spider-Man: Homecoming 2 ini adalah ‘SPIDER-MAN: FIELD TRIP’. Selepas tertirisnya plot ini, tidak pasti sama ada pihak Marvel Studios akan menulis kembali plot filem atau kekal dengan plot ini. Mungkin juga ini hanya satu decoy daripada Disney untuk hype-kan filem kedua Spider-Man ini.

Jika ianya filem build up untuk satu filem Spider-Man vs Sinister Six, filem kedua Spider-Man ini pastinya akan jadi hebat!