Tidak lama lagi, filem Spider-Man: Far From Home bakal ditayangkan di pawagam dan menjadi filem terakhir Phase 3 untuk Marvel Cinematic Universe. Far From Home sudah pun dipertontonkan kepada beberapa kumpulan awal dan mereka sangat berpuas hati dengan filem terbaru Spider-Man ini.

Rata-rata memberi respon positif dan ada yang berpendapat filem ini membuatkan mereka tidak sabar untuk menantikan filem MCU Phase 4. End credit untuk Far From Home juga dikhabarkan sangat ‘epik’ dan bakal berada dalam ingatan anda sehinggalah filem Marvel akan datang.

21141830-lia_cover_1920x1200
HYPE
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!
Baca lagi →

Ramai yang memuji lakonan Tom Holland dan Jake Gyllenhaal dalam Far From Home dan bersetuju Far From Home adalah lebih baik daripada filem Spider-Man sebelum ini.

Namun, di Reddit ada peminat Marvel yang lebih ‘brutal’ kerana sudah berkongsikan jalan cerita dan spoiler Far From Home sebelum ianya ditayangkan di pawagam. Mereka juga memberi gambaran akan ada watak yang ‘terkorban’ dalam filem ini nanti.

Kami tidak mahu menulis tentang spoiler Far From Home dan jika anda mahu membaca jalan cerita penuh dan apa yang akan terjadi dalam Far From Home, anda boleh tekan di sini sebelum ianya dipadam oleh pihak Reddit.

Yang pasti, end credit untuk filem Far From Home akan memulakan hype kepada filem dalam MCU Phase 4. Spider-Man: Far From Home akan berada di pawagam 3 Julai 2019.

Anda Mungkin Suka