Di bulan puasa, selain daripada menjaga makan dan minum. Umat Islam turut diminta untuk mulut daripada bercakap mengenai perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Tetapi bagaimana pula jika kita menonton sesuatu kandungan yang bersifat ‘mind blown’ atau mempunyai ‘plot twist’ yang tidak disangka-sangka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi beberapa minit yang menunjukkan aktiviti seorang lelaki dengan nama Mr. Dubois – warga asing yang beragama Islam.

Beliau mendokumentasikan kehidupan beliau sepanjang bulan puasa serta memfokuskan aktiviti harian beliau bersama keluarga.

Kandungan yang mulanya dilihat baik dengan nilai-nilai murni seorang muslim di bulan puasa bagaimanapun bertukar menjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka oleh orang ramai.

Di hujung-hujung video tersebut, lelaki tersebut menunjukkan sisi lain beliau iaitu seorang pengamal hubungan sesama jenis.

Informasi ini pastinya mengejutkan orang ramai dengan kebanyakan netizen Malaysia menyuarakan rasa terkejut dengan ‘plot twist’ yang dihidangkan oleh video tersebut.

Tuhan Maha Pengampun

Setelah dikecam oleh netizen, terutamanya yang beragama Islam, Mr. Dubois memuat naik satu lagi video.

Di dalam video tersebut, beliau mempertahankan tindakannya yang menjalinkan hubungan sesama jenis.

Hujahnya adalah tuhan itu maha pemurah dan maha pengampun. Tidak kira seteruk mana dosa kita, beliau percaya tuhan akan mengampunkan kita.

“Mereka yang komen itu sangat kejam. Jika anda menyebut diri anda seorang muslim yang baik, dimanakah kesucian hati anda?

“Bukankah anda sepatutnya menahan lidah anda, tahu apa yang perlu dikatakan dan tidak mengatakan perkara yang salah dan bersikap negatif terhadap Muslim lain atau orang lain secara keseluruhan.

“Sebagai seorang muslim yang baik, anda harusnya sibuk dengan urusan anda sendiri,” katanya.

Video terbabit juga telah menarik pelbagai komen netizen yang masih melihat apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit adalah salah.

Salah seorang netizen menyatakan bahawa lelaki ini perlu dihantar kepada ustaz untuk diruqyah. Manakala seorang lelaki netizen menyelar tindakan beliau yang cuba menghalalkan dosanya.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang melihat apa yang dilakukan olehnya adalah haknya sendiri.