Pada awalnya kereta di hadapan disangkakan sedang berundur untuk keluar dari petak parking dan mempunyai pemandu, namun apa yang ditemui pengguna Facebook Reza Faiz  selepas itu sangat mengejutkan apabila kereta tersebut rupanya berundur sendiri tanpa pemandu.

“Ingatkan orang tu reverse perlahan-lahan, rupanya tiada orang dalam tu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Aduhai, handbrake pun tak tarik ,” jelasnya selepas itu.

Beliau yang ketika itu sedang menunggang motosikal bagaimanapun berjaya menahan kereta tersebut daripada terus berundur dan melanggar kereta-kereta lain yang berada di kawasan tersebut.

Perkongsian yang dibuatnya di Facebook pada Selasa itu sudah pun mendapat lebih 50,000 tontonan dan hampir seribu perkongsian dan lebih 400 komen.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut tidak dapat menahan ketawa melihat aksi kereta tersebut yang berundur dengan sendiri ditambah pula dengan aksi spontan pemilik kereta yang datang selepas itu dan bertanyakan “dia bergerak ke?”.

reza

Tindakan lelaki tersebut yang berjaya menahan kereta itu daripada terus berundur juga turut menerima pujian dan ucapan terima kasih daripada salah seorang pemilik kereta yang diletakkan di situ.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pemilik kereta model Vios itu dalam ruangan komen hantaran tersebut.

photo_2020-06-18_14-23-48

Baca banyak lagi kisah menarik yang berjaya dirakam netizen sebelum ini seperti lelaki ini yang ditegur polis ketika sedang ber-OOTD bersama motosikalnya baru-baru ini di pautan di bawah. 

Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini

Pelari Bebas Rakam Detik Hampir Maut Ketika Beraksi Di Punck Bangunan 25 Tingkat