Sepanjang minggu ini, ramai pengguna plaza tol telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila menghadapi kesukaran setelah penutupan lorong-lorong SmartTAG sehingga mengakibatkan kesesakan yang melampau.

Terbaharu, PLUS mengumumkan akan mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari 2022 untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas perayaan pula, sebanyak 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan semula di 18 plaza tol. PLUS juga akan memasang palang tol berganda yang lebih pantas di plaza-plaza tol mempunyai jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.

Sumber Gambar: Facebook PLUS
Sumber Gambar: Facebook PLUS

Bagi memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang menghadapi masalah dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih, PLUS menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di semua 74 plaza tol.

“Sebagai tambahan, lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID,” tambah PLUS lagi.

Bagi pengguna yang mempunyai pelekat RFID bermasalah, PLUS akan memberikan kupon Touch ‘n Go dan pengguna boleh terus ke pusat Pusat Pemasangan Tag RFID yang terdekat untuk pemeriksaan.

Jika pelekat RFID didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikannya secara percuma. Terdapat 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di Lebuhraya PLUS dan 35 lagi lokasi berada di luar lebuh raya.

Sebelum ini orang ramai memberikan maklum balas kurang baik terhadap penggunaan RFID di plaza tol. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Sebelum Ini Dah Sesak, Sekarang Lagilah’ – Netizen Kurang Senang Penggunaan RFID Di Plaza Tol

PLUS Tawarkan Penggantian Pelekat RFID Yang Rosak Secara Percuma

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Sumber