Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Plus Malaysia Berhad (PLUS) bakal tampil dengan kapsul tidur untuk pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat. Ini merupakan satu inisiatif yang baik dari pihak Plus kerana jika pemandu dapat berehat dengan baik akan mengurangkan kemalangan jalanraya.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pihak PLUS pernah hadir dengan hotel di R&R tetapi tidak mendapat sambutan dari pengguna jalanraya lalu telah menutup hotel tersebut. Akan tetapi, kini pihak PLUS mengetengahkan idea untuk membuka kapsul tidur untuk memberi peluang pemandu untuk menikmati quick nap sebelum meneruskan pemanduan.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, projek ini masih dalam peringkat kajian dan projek ini dijangka akan terlaksana pada tahun hadapan menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail. Diharap dengan perlaksanaan projek ini akan membantu pemandu yang penat dalam pemanduan untuk berehat sebentar agar kembali segar dan dapat meneruskan perjalanan.

Anda Mungkin Suka